Khamis, Disember 22, 2011

Gitar buat simanis

Gitar Kapok yang diidamkan....

Sempena ulang tahunnya yang ke 17, dia memohon aku menghadiahkan dia sebuah gitar. Terkejut aku takkala mendengar permintaannya, tak pernah terlintas difikiran bahawa anak gadisku minat untuk bermain gitar. Tiada jawapan yang pasti dari aku, tapi yang jelas Papa agak tidak gembira dengan permintaan gadisnya. Sebenarnya aku sudahpun menyediakan sehelai baju kurung Pahang sebagai hadiah ulang tahunnya sedondon dengan ku tanpa pengetahuannya, surprise la kononnya... :) Tak dijangka dia punya keinginannya sendiri, inilah yang dikatakan citarasa remaja kini. Mereka lebih berani dan outspoken dalam banyak perkara satu perkembangan yang harus disedari oleh setiap ibubapa dan ingatan bahawa zaman remaja kita sgak berbeza dengan zaman remaja anak-anak kita. Beberapa situasi yang terjadi membuatkan aku tergerak untuk menunaikan permintaan gadis ku. Maka bermulalah pencarian gitar di internet dan beberapa kedai yang terdapat disekitar pekan Banting. Dan setelah berbincang dengan Shafiq dan Amin, akhirnya kami sepakat untuk membelikan Hani sebuah gitar seperti yang diidamkan. Tujuan aku hanya supaya dia dapat mengisi masa renggangnya khususnya ketika menunggu keputusan SPM dan ketika dalam driving lesson. Dan memberikan dia keseronokkan dan mengambil hatinya, supaya dia rajin ketika di rumah. Sekurang-kurangnya dia tahu menghargai dan berbudi-bahasa ketika tempoh masa dia di rumah dengan mengambil alih sedikit kerja rumah yang boleh dibantu dan dipelajari ketika dia sedang dalam tempoh menunggu keputusan SPM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan