Isnin, Disember 05, 2011

Fisioterapi (Physiotherapy)

Untuk kali ke dua, anak bujang ku dimasukkan ke HAT. Kali pertama pada 7.9.2011 untuk pembedahan di bahu kirinya dan hari ini 5.12.2011(Isnin) untuk fisioterapi pula. Program fisionya akan bermula esok (6.12.2011). Aku berdoa semuga proses fisioterapinya dapat membantu memulihkan sepenuhnya bahu yang dibedah dahulu tanpa perlu pembedahan lain. Agak pelik bilamana Shafiq tidak dipanggil untuk fisio selepas pembedahannya tempohari. Menurut pengalaman aku sendiri fisioterapi sangat membantu untuk proses rawatan kecederaan dengan bantuan ahli fisiologi atau physiologist yang bertauliah, kerana hanya mereka yang arif dalam gerakan pemulihan yang boleh dan membantu anggota yang cedera untuk pulih sepenuhnya. Mungkin kerana tiadanya fisioterapi, Shafiq kita berhadapan dengan kelemahan pada bahunya, tangan kirinya tidak boleh diangkat sepenuhnya, kemampuan hanya 90 darjah sahaja. Aku dapat bayangkan betapa tidak selesanya dia, bilamana tangannya tidak boleh diangkat sepenuhnya dan kekuatan tangan untuk mengangkat terhad kerana bahu yang menjadi tunggak gagal untuk berfungsi dan mengawal sepenuhnya. Walau apa pun aku berharap semuga proses fisionya akan berjaya dan membantu pemulihan sepenuhnya sepertimana sediakala.... insAllah.

Sedih rasanya bila aku tak dapat menghantarnya pagi ini. Tapi apakan daya, adik-adik semuanya ada agenda mereka sendiri, Dania training di stadium seawal jam 7.30-10.00 pagi dan Hani pula ada kelas tambahan di Sekolah dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jadi untuk menguruskan mereka kami terpaksa membahagikan tugas supaya jadual anak-anak tidak keciciran. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi talipon bimbit yang banyak membantu dan memudahkan komunikasi walau dimana kita berada. Walaupun tidak dapat bersama tapi dapat juga aku bercakap dan bersms dengan anak bujang ku yang seorang ini. Seawal malam tadi aku menyediakan keperluan untuk dia di hospital. Bekalan kebiasaan bila admitted rasanya cukup, sempat juga aku masakan nasi lemak sambal sotong, roti jala kuah durian dan mee goreng sebagai sarapan paginya dan makan tengahari semasa dalam perjalanannya ke hospital dan sekiranya dia missed out lunch di ward. InsaAllah.... esok akan aku luangkan waktu disebelah petang untuk menziarahnya di hospital, sekurang-kurangnya tidaklah dia terasa kesunyian nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan