Selasa, Jun 07, 2011

Pakcik Basikal

Selesai membeli keperluan dapur seperti biasa di Econsave, tergerak pula hati untuk makan KFC. "Pa... kita makan KFC nak tak?" tanya ku pada Amin. "Boleh juga la...." jawab Amin. Maka kereta kami pun terus ke destinasi. Kebetulan ada satu ruang parkir dibelakang KFC. Mata aku lebih tertumpu pada sebuah susuk tubuh lelaki dengan basikal roda tiga. Kereta kami betul-betul parking bersebelahan dengan basikal roda tiganya. Aku sering melihat Pakcik basikal disekitar kawasan jalan belakang ini. Dan inilah lokasi fevoritenya. Turun dari kereta aku sempat menjeling pada pakcik basikal. Dia sibuk membersihkan kawasan sekitarnya dengan penyapu buruknya, dibasikal roda tiganya sarat dengan muatan kotak, tin dan botol kosong. Aku kira itulah kerjanya mengutip barang-barang terbuang untuk dijual. Dia bergerak dikawasan sekitar pekan Banting mengutip apa yang boleh untuk dikitar semula. Tanpa menghiraukan keadaan cuaca dia mengayuh basikal roda tiganya bergerak kesana kemari. Tapi malam ini dia dikelilingi beberapa ekor kucing, kesemua kucing-kucing duduk diam dan baik disekelilingnya. Dia menarik perhatian ku selama ini, naluri ku cuba untuk mendekati Pakcik basikal sudah lama, namun ada sedikit kebimbangan, waraskah dia atau bolehkah dia berinteraksi seperti orang biasa itu yang menjadi tanda tanya ku selama ini.

Ketika menghadapi hidangan KFC ku tumpuan ku lebih kepadanya. Alangkah beruntungnya kita makan makanan yang enak di tempat yang selesa, sedangkan Pakcik basikal tu entah makan entah tidak?? Hati ku terdetak untuk memberikan dia makan malam. Lantas selesai makan ku bergegas membuat tempahan "take away' untuk Pakcik basikal. Kali ini aku bertekat untuk mendekati Pakcik basikal bilamana Amin dan anak-anak ada bersama ku. Bertemankan Dania dan Hani, aku melangkah ke Pakcik basikal yang masih berada disebelah kereta kami dan sibuk menyapu kawasan sekitarnya. Ku panggil dia "Pakcik...... " dia menoleh kearah ku, dengan pandangan matanya aku yakin dia orang melayu dan berugama Islam. "Assalamualaikum Pakcik......" dia menjawab salam ku "Waalaikum salam......" suaranya jelas dan terang. "Pakcik dah makan...?" dia tidak menjawab lantas aku ajukan bungkusan yang ditangan kepadanya "Pakcik.... ini untuk Pakcik makan malam.....", "Alhamdulillah..... rezeki, Pakcik doakan anak murah rezeki.... anak-anak, Atok doakan kamu pandai sekolah, sampai masuk universiti ya...." dia menujukan kata-katanya kepada Dania dan Hani sambil tangannya menuding kepada kedua anak-anak ku. Terharu aku bila mendengar kata-kata iklasnya untuk kami. Siapa sangka Pakcik basikal yang hidup sendirian dengan caranya sendiri mampu mengeluarkan kata-kata seindah itu....! Amin yang mengikut aku dari belakang tidak berkata sepatah kata, hanya memerhatikan kami. "Pakcik makan ya...." "Terima kasih nak....." jawabnya. Sungguh dia berkeadaan begitu namun aku tidak pernah melihat dia mengemis. Dia berusaha menyara hidupnya dengan caranya sendiri tanpa meminta-minta. Diperut kereta, kelopak mata ku bergenang..... aku ceritkan perbualan ku dengan Pakcik basikal dengan Amin...... sesungguhnya Pakcik basikal menyentuh naluri dan jiwa ku malam ini..... persoalan ku, dimanakah keluarganya dan dari manakah asal-usulnya? Dia insan biasa yang misteri dan menjadi tanda tanya ku..... Biarpun dia hanya seorang insan namun disebalik tirai kehidupannya dia menyimpan banyak cerita dan rahsia kehidupanya....... percayalah, dia insan yang menarik untuk dihampiri untuk belajar erti riang ria dan suka duka kehidupan....

(InsaAllah... aku akan usahakan untuk share photo Pakcik basikal yang istimewa satu hari nanti...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan