Isnin, Jun 13, 2011

Birthday Papa





The pineapple cheese cake......

Aku tak pernah terlupa..! tapi tahun ni, aku terlupaaaaa...... aduhai, macammana boleh terjadi??? Mujur Hani call pagi tu dari Kelas Teakwandonya. "Mama... buat kek ke mama beli...?" tanyanya pada aku. Binggo! "Ma... hari nikan birthday Papa...." Terpaku aku dibuatnya, macammana aku boleh terover look tarikh ini? "Ya Allah.... yer la kak, Mama lupa..... sungguh...." balas ku pada gadis ku yang sorang ni. Mujur juga Amin tidak dirumah, dia ke Sungai Besi untuk menjemput Shafiq yang hari ini dapat outing. Aku sememangnya merancang nak buat nasi ayam dan pengat pisang bahan-bahan untuk pineapple cheese cake pun ada dan aku pun dah lama tak baking, jadi aku rasa sempat untuk aku buatkan kek untuk Amin sebelum dia sampai dari Sungai Besi. Selesai masak untuk sarapan mee goreng kering dari Sabah, ole-ole dari Sabah yang di bawa oleh Nor dan Tampura Nuget untuk Shafiq yang akan balik bersarapan dirumah. Maka operasi aku dan Dania pun bermulalah. Dania pula bila aku maklumkan tentang hari jadi Papa, dia pun tak berlengah lagi, terus menyiapkan bahan-bahan yang perlu. Lawak la lawak.... kami berdua didapur macam lipas kudung! Segalanya berjalan lancar dan hasilnya memang 'tumb up' hehehehehe.....

Banyaklah pulak hal anak-anak hari ni, Dania ada special kelas teakwando, Hani pula memang terlibat dengan segala persediaan untuk perlawanan teakwando yang akan diadakan pada sepanjang tahun. Jadi sambutan birthday Papa hanya kami berempat saja yang dapat menyambutnya. Hani ada meeting selepas special class tak dapat balik untuk celebrate birthday Papa. Malah untuk menghantar abang balik ke Sungai Besi pun dia tak dapat nak ikut sama. Jadi kami empat beranaklah yang menyambutnya. "Pa... Happy birthday... sorry ya Mama lupa la hari ni birthday Papa...." kata ku iklas pada Amin sebelum dia memotong kek ulang tahunnya. Anyway... semuga Amin dikurniakan kesihatan yang baik, dan sentiasa dalam keberkataan dan kesejahteraan Allah... InsaAllah, itulah doa ku buat suami tercinta..... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan