Khamis, September 17, 2009

Beraya di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan

Kami beraya di rumah Kak Non

Masjid di depan rumah rumah di Kampung Padang Tembak

Kesibukan lalulintas di depan rumah, jemaah keluar dari kawasan Masjid

Suasana di Pagi Syawal dirumah

Permandangan rumah di Padang Tembak, Teluk Intan

Suami dan anak2 tidur bergelimpangan di kampung

Hani memakaikan tudung adik (Dania) dipagi Syawal

1430H (2009) sudah 3 tahun berturut-turut kami sekeluarga berhari raya di Teluk Intan, Perak. Sejak arwah mak meninggal pada April 2007, bermula dari itulah sambutan hari raya pertama adalah di kampung suami ku. Kami memang tiada pilihan lain, memandangkan ibu mertua ku saja yang masih tinggal dan bapa mertua juga telah tiada, maka apalah sangat masa itu kami untukkan untuk berhari raya bersamanya. Memandangkan bilangan ipar duai ku yang ramai maka berhari raya di kampung ni memang meriah. Tidak ada ruang di dalam rumah tu yang kosong..... bayangkanlah punya ramai anak cucu mertua ku? Bila malam, masing-masing bersusun tidur, cuma ruang dapur saja yang kosong !! kami terpaksa membawa totto, bantal dan selimut sendiri bayangkan punyalah ramai tu..... Beraya di kampung satu perkara yang pasti... sangat memenatkan aku.... tugasan didapur tak pernah habis.... kemas, masak dan mencuci memang non-stop, boleh kembang jari tangan dibuatnya.... bukan nak komplen ini adalah kenyataannya....... mujur anak-anak ku mudah untuk disuruh, mereka turut membantu biarpun kadang-kalanya bersungut kerana selalu disuruh, sedang yang lain kurang ambik kisah..... (ops sorry la... aku tak sepatutnya bercerita tentang perkara yang agak sensitif ini) ok tinggalkan dulu cerita ini...... Bagaimanapun kami akan bertolak pada 19.09.2009 hari sabtu selepas waktu pejabat ku, mudah-mudahan perjalanan kami lancar dan dapatlah kami berbuka di kampung dan rancangan Kak Kiah untuk mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil dirumah barunya yang telah beberapa bulan siap pembinaannya sebelum waktu berbuka terlaksana.

Bersolat sunat Hari Raya memang menjadi kemestian memandangkan keselesaan kedudukan masjid di kampung yang hanya di depan rumah mertua ku, masjidnya boleh dikatakan masih baru, cantik dan selesa. Jemaah yang berkunjung juga ramai.... seronok dengan kehadiran yang begitu ramai baik lelaki, perempuan, tua, muda atau anak-anak. Menjadi routine kami bila selesai sembahyang raya, kemudian semua anak cucu akan berkumpul di ruang tamu untuk bersalam dan bermaaf-maafan tidak kira yang tua atau yang muda kami akan saling memohon maaf dan bersalam-salaman. Ketika itu terkadang kala tanpa disedari pelukcium dan airmata akan mengalir dan menjadikan suasana yang haru dan pilu menyelubungi suasana pagi syawal.

Kenangan bersama arwah Mayah yang masuk tahun ke 2 menemuai penciptanya. Biarpun sebenarnya riuh dengan anak-anak yang ramai, tapi sebenarnya disudut hati kami terasa akan kehilangan seorang yang sangat rapat dan berpengaruh didalam keluarga besar ini..... dia yang telah pergi pada 13 February 2008 kerana cancer telah meninggalkan 5 orang cahayamata yang membesar di rumah kampung dibawah jagaan embahnya. Arwah orang yang rajin dan lincah dalam banyak perkara.... Kehilangannya tiada pengganti, ketiadaannya memang dirasa oleh semua ahli keluarga, muga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang soleh dan beriman disisi Allah.... Insaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan