Isnin, September 20, 2010

Syawal 1431H (Eid Mubarak)

Di ruang utama mertua ku dikelilingan sebahagian anak & cucu

Anak2 ku merupakan sebahagian yg bersantai dipagi raya yg sedang dilimpahi hujan lebat

Tiga beradik bersama dipagi syawal

1 Syawal jatuh pada 18.09.2010 bersamaan hari Jumaat. Seperti biasa sambutan Hari Raya kami ialah di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan, Perak inilah kampung suami ku..... Sambutan di sana agak meriah kerana jumlah adik-beradik, anak-anak saudara yang ramai. Isi rumah itu sendiri sudah cukup meriah dan bila ditambah dengan saudara yang menziarah bertambahlah kemeriahannya. Hari raya pertama, Allah kurniakan bumi Teluk Intan dengan hujan rahmat. Hujan lebat dari awal pagi sehingga tamat solat sunat Aidil Fitri. Biarpun hujan turun dengan lebatnya namun masjid tetap penuh dikunjungi oleh para jemaah dari kawasan yang berhampiran, malah berduyun-duyun jemaah menuju ke masjid untuk solat sunat. Sedangkan jemaah yang jauh tidak menghiraukan hujan yang lebat, kenapa aku yang tinggal dibelakang masjid menjadikan alasan untuk tidak berjamaah sama? tercabar rasanya kalau aku sekiranya gagal untuk meredah hujan rahmat Allah ini. Alhamdulillah... dengan izin Allah hasrat ku terlaksana jua..... 3 hari beraya di Teluk Intan, kami menefaatkan untuk menziarah saudara-mara, keutamaan kami berikan kepada saudara-saudara tua. Kami ke Ipoh, Bagan Datuk dan Tanjung Karang. Agak seronok bagi anak-anak bilamana kesempatan diambil untuk singgah ke Cameron Hinghland selepas pulang dari Ipoh ke Teluk Intan. Sebolehnya peluang cuti Shafiq selama 2 minggu sempana Hari Raya kami gunakan untuk bersama dan dimanafaatkan dengan baik. Sekurang-kurangnya kami dapat meluangkan masa bersama sebagaimana sebelumnya semuga ikatan kekeluargaan akan sentiasa terjalin mesra. Itulah harapan ku pada anak-anak dan doa ku semuga mereka sentiasa bertoleransi dan bermuafakat sebagaimana sepatutnya sebagai saudara sedarah sedaging. Apa pun juga sering aku ingatkan kepada anak-anak supaya menghormati diantara satu dengan yang lain dan bertolak ansur didalam apa juga perkara. Mudahan ianya menjadi ikutan dan amalan pada bila-bila masa.... InsaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan