Isnin, Ogos 30, 2010

Gembira bersama.....

halaman yg berwajah baru
Mas, Nor n Shasha berganding bahu membantu aku menghias halaman ku

Hidangan berbuka puasa kami...

Anak-anak bersedia dan menuggu azan berkumandang

Selepas majlis berbuka puasa Massupi pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas (28.08.2010) Elly, Munirah, Shikin bersama Nantini pulang kerumah lebih awal. Elly dan Munirah berhajat bermalam dirumah kami. Kerana itu Mastura berhajat untuk menjemput Elly n Munirah pada petang Ahad. Dikesempatan itu aku menjemput Mas untuk berbuka puasa dirumah ketika menjemput mereka berdua. Terlanjur itu Nor yang berada disisi berminat untuk berbuka sekali dengan kami dan aku menjemputnya sekali. Jam 3.30 petang aku mula menyediakan juadah untuk berbuka. Lauk udang masak lemak cili pada, ikan semilang berlada, sambal jering dan ikan bilis, bersama sayur campur menjadi hidangan kami. Masing-masing membawa juadah berbuka yang berbagai. Amin turut membawa anak-anak ke pasar Ramadhan untuk memberikan anak-anak keseronokkan ketika bersama kami. Hani, Elly, Munirah dan Dania seronok bersama. Sementara menantikan waktu berbuka puasa aku meminta bantuan dan kepakaran Mastura membantu ku mengubah landscape halaman rumah. Dia yang telah lama terlibat dengan perniagaan bunga dan kontrak landscape selama beberapa tahun tidak keberatan untuk membantu ku mengubahsuai halaman rumah ku. Dengan gabungan ideanya, Nor, aku dan Amin dan tenaga semua halaman ku bertukar wajah dengan penambahan sedikit bunga yang aku dan Amin beli pagi tadi di Jalan Morib.

Waktu berbuka kami nikmati bersama dengan anak-anak yang begitu berselera menikmati juadah yang disediakan dengan juadah yang mereka beli dari bazar. Masing-masing kelihatan riang dan mesra ketika bersama. Alhamdulillah sebagaimana kami begitu juga anak-anak sememangnya rapat dan akrab. Dania & Zikri seronok bila Amin membawa mereka ke pekan untuk membeli bunga api. Shasha, Dania dan Zikri seronok bermain bunga api dihalaman. Suasana Hari Raya mulai terasa dengan keriangan anak-anak ini. Selesai berbuka dan solat magrib dan beristirehat kami menyambung kerja-kerja dihalaman mini ku sehingga tanpa disedari jam menunjukkan 11.00 malam. Hasilnya sungguh memuaskan kami dengan gabungan dan kerjasama semua...... Silaturahim kami jelas terjalin disamping kami bertukar-tukar cerita dan nostalgia zaman kanak-kanak bersama memori indah ketika arwah mak dan Cik Biah masih ada menggamit kenangan terindah kami.... Alangkah bahagianya andai insan-insan kesayangan ini masih bernyawa diketika syawal.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan