Selasa, Ogos 24, 2010

Lauk berbuka lauk bersahur.....

Semalam kami merancang untuk ke Sungai Besi. Ada beberapa barang keperluan yang diperlukan oleh Shafiq. Terlanjur itu aku merancang untuk menitipkan lauk untuk dia berbuka puasa memandangkan dibulan puasa ini dia tidak berpeluang untuk berbuka dan bersahur dirumah. Menu Ikan Siakap masam manis dan sayur kacang buncis bersama carot dan 2 bungkus nasi putih yang penuh dipolystyrin menjadi titipan lauk berbuka Shafiq bersama teman-temannya, Zamer, Ejai dan Zuhir. Kerana itu Papa ke pasar untuk membeli ikan Siakap yang boleh dimakan untuk 4 bersahabat ini. Kami tiba di Sg. Besi jam 3.30ptg tapi waktu yang tidak sesuai untuk kami masuk melawat memandangkan mereka ada standby bed or inspection rumah oleh Pegawai ATM/UPNM, aku pun tidak pasti tentang perkara itu yang sebenarnya, tapi yang jelasnya semua pegawai kadet tidak dizinkan keluar dari bangunan kediaman ketika itu sehingga segala urusan selesai. Hampir 3 jam kami bersantai dan meronda-ronda di pekan Sungai Besi sementara mendapatkan waktu yang sesuai untuk melawat. Sehingga jam 5.30ptg masih tiada berita dan akhirnya Shafiq minta kami masuk ke kawasan U. Kalau ikutkan Amin dia sudah pun berputus asa dan menyarankan agar kami pulang ke rumah, tapi naluri kecil ku tidak kesampaian untuk membawa pulang juadah yang telah aku masak untuk anakku ini. Amin yang separuh kecewa menyerahkan kunci kereta ditangan ku.... "Mama drivelah....sebab dia orang ni kalau dengan perempuan tak banyak soaljawab katanya...." tanpa membuang masa aku pun sambut kunci kereta dengan yakin aku pasti berjumpa dengan Shafiq petang ini....sehingga kereta aku hidupkan sehingga sepanjang pemanduan aku ke U, mulut ku tidak henti dengan bacaan alfatiha, ayat kursi dan selawat atas nabi semuga hajat kami untuk berjumpa dengan Shafiq dan menyerahkan barang-barang yang diperlukan dan juadah berbuka kesampaian. Alhamdulillah..... aku bersyukur Allah memperkenankan doa dan permintaan seorang ibu yang berhajat bertemu anaknya dibulan Ramadhan yang mulia ini... aku lepas dari disoal jawab oleh pegawai yang bertugas dipintu masuk kedua-dua lalaun penting ini......
Pertemuan yang sangat singkat memandangkan dia dikenakan melapur untuk bertugas bermula dari jam 6.30 ptg hingga jam 1.00 pagi. Barang-barang bertukar tangan dengan jasa baik dari teman-temannya zamer, Ejai dan Zuhir yang turun membantu. Aku pesankan juga juadah yang aku bawa juga untuk mereka nikmati bersama. Sungguh lega hatiku ketika itu, malam ketika dirumah dia menalipon ku menyatakan kemaafannya kerana tidak dapat bersama ketika kami disana. Kami telah pun pulang ketika dia ke tempat kami tiba selepas dia melapurkan dirinya. "Ma... abang sory Ma sebab abang tak dapat dengan Mama lama masa Mama datang tadi... kirim salam abang pada semua kat rumah.." "Ok... jangan bimbang la... kami paham... abangkan kena tugas.... ok.. semuanya ok.. ok jer... " balasku....
Dari apa yang dimaklumkan olehnya tadi... juadah berbuka yang aku bawa hanya dapat dimakan selepas dia habis bertugas. Selepas jam 1.00 pagi bersama Zame dan Ejai. Mungkin hari itu merupakan hari yang dia bersahur setelah hampir 12 hari berpuasa.... kesian sungguh anakku.....mujurlah dia yang sememangnya rajin berpuasa ketika di Kusses tidak menghadapi sebarang masaalah ketika berpuasa di bulan Ramadhan walaupun tanpa bersahur dan dengan aktiviti yang padat dan berbagai......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan