Isnin, Mac 05, 2012

Iam lucky to have u alls....

Kesibukan benar-benar membataskan aku. Pejabat, rumah-tangga dan anak-anak masih menjadi keutamaan ku. Alhamdulillah rasanya tiada yang terbiar selama kesibukan ku yang diluar jangkaan, urusan pejabat begitu mencabar kredibiliti aku. Amaran cuti dibekukan dan kerja lebih masa selama tempoh penyerahan kunci untuk Phasa 5A, 210 unit rumah membuatkan aku bersedia untuk mental dan fizikal. Hampir 2 bulan aku bekerja 6 hari seminggu dan pulang ke rumah jam 7.00 petang setiap hari. Alhamdulillah.... suami dan anak-anak memahami tugas ku, biar pun kedengaran rungutan-rungutan kecil di cuping telinga, inilah lumrah apabila mereka mempunyai ibu dan isteri yang berkerja. Terima kasih ku yang tidak terhingga kepada suami dan anak-anak kerana mereka memahami tugas ku selama ini. "I dont work for myself... I work for my family....." this is what I always tells to my kids and Alhamdulillah they understand. There are so many things I like to share along the 2 months of away from my blog, but time is so limited and I dont know how to start! Semuanya ingin aku luahkan namun tiada kesempatan. Biar apa pun segalanya berjalan baik dan walaupun ada sedikit kekalutan dan salah faham namun itulah lumrah kehidupan. Kesilapan yang aku lakukan menjadikan aku lebih berhati-hati mengenal kelemahan diri. Semuga aku mampu menjadi isteri, ibu dan teman yang disenangi dan terbaik.... InsaAllah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan