Selasa, Mac 20, 2012

Experimental Pandan Layer and Yam Layer Cake

Pandan Layer Cake, pertama kali mencuba, saya hanya membuat 3 lapisan sahaja....dan lapisan juga agak kurang konsistant dan kurang menarik.....

Percubaan ke2, Yam Layer Cake, cuba untuk membuat 4 lapisan, tapi agak kurang menarik kerana cake belum betul2 sejuk dan hirisan agak kurang sekata.... jadi pastikan kek anda betul2 sejuk sebelum membuat memotong lapisan....
Pertama kali mencuba recipe dari youtube tempohari dan berjaya nampaknya..... :) seronok bukan main lagi, jadi dapatlah kawan2 di pejabat merasa sepotong sorang. Ramai pula yang mencadangkan supaya aku mencuba Perisa Keladi pula, pun nampaknya berjaya cuma ada beberapa perkara yang masih boleh dibaiki untuk menjadikan ianya nampak lebih menarik. Kepada yang ingin mencuba silakan.... (To my office mate yang excited sangat nak cuba tu, please visit my blog ya sayang...... hahahahaaha......) Tak perlu beli di kedai lagi, cuba buat sendiri dulu dan selamat menjadi homechef yang tidak diiktiraf seperti saya not a master chef ya, tapi not to worry, pengiktirifan itu akan diperolehi juga tetapi dikalangan ahli keluraga sahaja.... InsaAllah....

Bahan untuk Kek : 5 biji telur gred A, 160gm gula castor, 165gm tepung cake, 15gm ovelate, 75gm minyak (kalau nak sedap gunakan minyak jagung), 2 sudu teh Pandan Emalco(untuk panday layer cake)/Yam Emelco (untuk Yam Layer Cake), 2 sudu besar susu segar atau susu cair.
Cara membuatnya: Pukul telur, gula dan ovelate hingga betul2 kembang. Masukan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukan susu segar, paste pandan dan minyak masak. Gaul rata. Panaskan oven dan alaskan loyang dengan kertas masukan adunan dalam loyang dan bakar kek hingga masak (lebih kurang 45min-1 jam), sejukan.

Bahan untuk Kastard: 1050gm santan (1 kotak santan segera) dicampurkan dengan air, 225gm gula pasir, 10gm serbuk jelly, 100gm tepung Honkoew perisa pandan (untuk perisa pandan) Honkoew kosong untuk keladi, 75ml jus pandan (ambil 5-6 helai pandan dan blend kemudian tapis)/2 keping keladi dan blend halus, 1 sudu teh garam, pewarna hijau untuk pandan dan pewarna purple untuk keladi.
Cara membuatnya: Campurkan semua bahan dan dengan menggunakan teknik double boil kacau perlahan2 sehingga adunan likat dan pekat.
Nota Penting : Untuk menlapiskan kek, potong kek kepada 3 atau 4 lapisan kemudian lapiskan dengan kastad berselang seli. Di akhir lapiskan kastad sehingga menutupi keseluruhan kek anda dan taburkan dengan sebuk kelapa kering. Paste pandan boleh diganti dengan Emalco Keladi dan warna purple untuk mendapatkan perisa keladi Selamat mencuba.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan