Khamis, Jun 25, 2009

Kenduri Arwah & Kesyukuran



Sempena Ramadhan yang bakal menjelang dengan hajat yang telah lama terpendam maka kami telah sepakat untuk mengadakan majlis Kenduri Arwah dan Kesyukuran pada 28.06.2009 bersamaan hari Ahad malam Isnin selepas solat Maghrib. Kenduri Arwah ini sepatutnya kami adakan pada bulan April yang lepas bersempena Arwah Mak 2 tahun pulang kerahmatullah, tetapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka hajat ini terpaksa kami tunda. Kesyukuran kami adalah bersempena kejayaan Shafiq dalam peperiksaan SPM 2008 dan tawarannya untuk melanjutkan pelajaran ke UPNM telah berjaya, majlis ini juga bersempena pengesahan jawatan Papa dan perpindahan dia ke Banting semula walaupun pada hakikatnya dia sebenarnya adalah di bawah JKR Shah Alam tapi memandangkan projek yang dipertanggungjawabkan terletak di Jugra, maka secara tidak langsung dia telah kembali bertugas di Kuala Langat semula. Alhamdullilah..... sungguh kami bersyukur terhadap segala kurnia yang Maha Esa ini.... Amin.....

Keputusan ini sebenarnya memang mengejutkan teman-teman jiran dan juga saudara mara. Tapi memandangkan 27.06.2009 Shafiq tamat Program Tunas Wira dan akan mula pendaftaran pada 29.06.2009, maka tarikh yang paling sesuai adalah 28.06.2009 yang mana dia akan bersama-sama kami diwaktu itu. Perancangan dibuat dengan seberapa segera yang boleh dan segala persiapan juga berjalan lancar. Jemputan, menu, perbelanjaan dan barangan sedekah dari arwah (yasin, tasbih. sejadah dan telekong aku dapatkan dengan bantuan Ija, semuanya beres dalam masa sehari dan siap packing) untuk jemputan terus difikirkan dan dilaksanakan sesegera mungkin.

Menunya, gulai nenas dan ikan masin, ikan keli berlada, ayam kicap, daging goreng kunyit (resipi Kak Faridah), pecal, roti jala dan kuah durian, buah2an dan sirap. Semua warga kumpulan yasin Jalan Semilang, para sahabat dan saudara mara telahpun dijemput hadir untuk menimarahkan majlis kami. Mudah2an doa yang akan dikirimkan untuk arwah yang telah pergi ini akan diterima Insaallah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan