Isnin, Jun 15, 2009

Hari Bapa Yang Istimewa


21.06.2009 (Ahad) telah digazetkan sebagai Hari Bapa sedunia. Dimana-mana Hari Istimewa untuk memperingati jasa seorang Bapa disambut dengan meriah olih anak-anak yang masih mempunyai Bapa.... Hati tersayat bila mendengar beberapa panggilan ke Radio Era pagi itu, Aznil dan Din Beramboi membuka topik Hari Bapa, kebanyakan yang memanggil adalah mereka-mereka yang telah kehilangan Bapa atau berpisah dari Bapa yang membuat panggilan.... aku yang telah kehilangan insan istimewa ini turut dapat merasakan betapa kerinduan yang tidak terhingga sekali. Memang... kalau bisa aku putar waktu semalam, aku akan jadi anak yang terbaik untuk Haji Salim Bin Awi, Bapa yang terbaik didunia yang pernah aku temui, betapa beruntungnya aku... kerana aku menjadi salah seorang anaknya...

Alfatiha..... untuk arwah Bapa, dia yang sebenarnya dilahirkan pada 7.6.1926 dalam rekod yang tersimpan, dan sekiranya dia masih hidup maka umurnya adalah 83 tahun! tapi Bapa telah pun dipanggil menemui penciptanya pada 12.04.2003 pada usianya 77 tahun ketika azan subuh berkumandang, ketika itulah dia menghebuskan nafasnya yang terakhirnya..... saat yang sungguh memilukan andai dikenang... biar begitu saat 'Sakratul' itu Bapa sebenarnya diiringi olih ramai ahli keluarga disisinya tapi bukan anak-anaknya sendiri.... kerana pada saat itu Abang Hadi, Kakak Ana & Abang Zakaria tidak sempat hadir bersama... Biar pilu namun aku bersama suami dan anak-anakku setia berada disisi beliau mengiringi pemergian itu bersama ayat suci Allah bagi memudahkan Bapa pemergiannya bertemu Illhi...... Alhamdulillah.

Tak pernah dalam hidup ku merasa kesedihan yang begitu.... kalau diimbas memori silam... pemergian Arwah Bapa merupakan hari yang terpilu dalam diari hidup ku selama ini.... Dia insan yang telah banyak berkorban untuk anak-anak dan keluarganya... insan yang ku kenal punya pekerti yang tinggi, mudah dihampiri, tidak berkira dalam segi apa jua pun, dia penuh istimewa dan sangat istimewa, tiada cela untuk dibicarakan tentang dia bagi ku tapi mungkin bagi insan lain Waallahualam, tidak pernah meminta dari kami, tapi pabila mendengar susah anak-anak dialah yang akan bertanya dan menghulur bantuan ikut kemampuannya itulah Haji Salim Bapa kebanggaan ku dan aku bangga dihujung nama ku ini tertulis adalah nama dia yang istimewa....

Sebenarnya sudah lama hajat dihati menulis sesuatu yang istimewa untuk arwah Bapa.... kebetulan sempena Hari Bapa dan bersempena dengan Hari Ulang Tahunnya yang baru berlalu ilham ini datang dan membuat aku terus menulis untuk aku abadikan kasih sayang yang tak pernah padam dalam hati ku... Entah mungkin sekiranya ditanya soalan cepumas siapakah lelaki yang sentiasa berada dihati ku yang menjadi pujaan ku dan impian ku....dia tidak lain, selain dari Arwah Bapa... seandainya Amin (suami ku) merasakan persaingan ini rasanya akulah yang harus dipersalahkan bukan arwah Bapa... Kerana memang dihati ku jauh menyayangi dan merindui arwah Bapa.... saat aku menyiapkan rencana ini tak ku sedar kedua-dua lengan baju ku basah dek airmata.....

Aku sering teringat waktu-waktu aku bersama arwah, buat check-up bulanan, dia suka kalau aku bawa dia pergi singgah minum di kedai kopi atau makan-makan. Tapi yang paling tak dapat dilupa bila dia masukkan ke hospital.... dia takkan mau orang lain yang memandikan dan menukar lampin pakaibuangnya. Walaupun aku terlewat memandangkan waktu pejabat dia pasti akan menunggu ku untuk mandikan dia..... tugas ini memang aku jalani tanpa protes, dan aku bahagia sekali dengan tugasan ini, kalau dulu dialah yang mencuci kencing dan berak aku, kenapa aku harus merasa jijik untuk melakukan untuknya? dan aku sememangnya suka tengok arwah bersih dan kemas, aku akan ingatkan arwah tentang wuduk dan solatnya memandangkan dia sudah mula lupa banyak perkara, biar dia sudah tidak dikira wajib dalam rukun ugama namun aku mahu supaya arwah tidak melupakan tanggungjawabnya. Arwah sebenarnya punya keistimewaan anugerah Ilahi... dia kacak bukan dimata ku saja tapi sering aku mendengar pujian ini dari siapa jua yang mengenalinya kenalannya, jiran-jiran dan saudara-saudara kami. Aku ingat lagi, ketika jenazahnya telah siap dikafankan wajahnya tidak langsung berubah malah dia bertambah kacak dan berseri-seri ku lihat... itulah kebesaran Illahi pada insan yang baik pekertinya ini.... Doaku semuga arwah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di Syurga Firdausi di sisi hamba-hambanya yang soleh dan soleha......Insaallah... Amin....

Nota: Kalau diikutkan rencana ini akan lebih panjang, mungkin akan lebih tebal dari novel Ramli Awang Mursid. Tapi rasanya sudah cukup dengan cerita ringkas yang seadanya buat tentang insan yang teristimewa sempena hari istimewa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan