Selasa, Jun 30, 2009

Hari Penutup Tunas Wira dan Pendaftaran Minggu Haluan Siswa





27.06.2009 (Sabtu) merupakan hari bersejarah bagi semua kadet-kadet UPNM 2009 termasuk Shafiq (Abang), yang telah berjaya menghabiskan tempoh Latihan Tunas Wira selama 6 minggu mereka kini dengan rasminya bergelar Pegawai Kadet Batilion Lekiu (Shafiq kini telah menukar K/P kepada Kad Tentera N405323). Tempoh 6 minggu latihan yang bermula pada 16.5.2009 (Sabtu) mereka telah didedahkan dengan latihan ketenteraan yang penuh dengan disiplin. Sebagai seorang awam mereka kini telah diubah menjadi seorang anggota Tentera. Pegawai kadet telah didedahkan dengan penghidupan tentera selama 3 hari 2 malam di kem Kongkoi, Ulu Jempol, Negeri Sembilan yang mana mereka telah didedahkan dan diajar penghidupan di hutan (Program Harimau Jempol) yang memang belum pernah diterokai (Hutan dara), berjalan di dalam hutan di waktu malam, membaca peta, makan makanan yang ada di hutan (Monyet dan Ular Sawa) dan semua penghidupan sebagai seorang anggota tentera yang sebenarnya. Segala informasi ini telah diberitahu oleh Pegawai UPNM yang berucap (tak ingat siapa namanya) sendiri semasa berucap di hari penutupan majlis Tunas Wira tempohari. Mendengarkan beberapa penjelasan dari beliau, hati aku betul-betul sayu atas apa yang telah Shafiq dan kadet-kadet lain lalui.... di sudut hati ku merasa sedikit bersalah kerana akulah yang kuat menggalakan dan mendorong dia ke UPNM.... Semuga pilihan ini merupakan pilihan yang tepat dan terbaik untuk masa depannya. Insaallah...
Acara pembukaan merupakan persembahan oleh semua Pegawai Kadet Batilion Lekiu, lakunan pengintipan, serangan dan kawalan anggota tentera semasa bertugas di sempadan. Memang menarik persembahan mereka, kami para ibubapa begitu teruja melihat persembahan yang dipersembahkan dan mereka memang sebenarnya harus diberikan tepukkan yang gemuruh di atas persembahan yang menarik. Kelopak mata ku sarat menakung air dan menuggu masa untuk tumpah bila aku gambarkan bagaimana keadaan sebenar yang bakal anak ku lalui nanti... Subhanallah... semuga Allah melindungi mereka atas tugas mulia mereka demi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa ini.

Takkala upacara tamat, kami sekeluarga mencari-cari Shafiq, 6 minggu tidak berjumpa kami rasakan begitu lama.... memandangkan rupa paras semua Pegawai Kadet sudah pun berconteng dengan berbagai warna maka kami tak dapat nak mengecam Shafiq yang mana satu!! tersiksa betul rasanya nak cari yang mana satu anak sendiri (hahahaha....) sehingga shafiq 'call' dan terangkan dimana kedudukan dia.... akhirnya kami berjumpa! Subhanaallah kami terpana melihat perubahan fizikalnya.... dia banyak berubah dibandingkan dari mula dia mendaftar masuk.... 6 minggu telah mengubah anak ku menjadikan dia dari awam ke anggota tentera... benar seperti yang telah diberitahu..... Aku bersyukur kerana dia baik-baik saja... atas kejayaannya kami telah pun berhajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan yasin dan tahlil untuk arwah sempena sambutan Ramadhan yang bakal menjelang. Semuga Shafiq akan dapat melalui saat-saat pengajiannya di UPNM dengan baik dan lancar, dan akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi.
Semua Pegawai Kadet diminta untuk melapur sebelum 1600 hrs (4.00 petang), dengan itu shafiq tidak dapat bersama untuk majlis kenduri kesyukuran dan bacaan yasin malam itu. Sedih rasanya kerana aku tidak dapat menghantar dia pulang ke Kem hari itu, memandangkan banyak tugas yang harus aku selesaikan. Aku cium dia dan aku peluk dia irat sambil berpesan seperti biasa... kami sebak bersama, namun dia sempat memohon doa ku agar mendoakan kejayaannya.... aku tak pernah sehiba ini bila melepaskan dia setiap kali dia pulang ke sekolah dulu... tapi tak taulah kenapa hari ni pulak? mungkin kerana majlis kenduri malam ini tanpa dia bersama... mungkin juga.... Petang tu aku terima sms dari dia, hati ku tersentuh lagi... (Mama thanx sbb slame ni byk brkorbn utk abg.. ckp dgn papa sklai ek... sory abg x dpt tlg mama dgn papa mlm ni.. abg tringin sgt... abg nk sume org tau yg u all my inspire... jge diri leklok... kalo ada pape kol abg... u all org pling pnting dlm hidup abg) sebak sunggung dan aku tak dapat nak kawal airmata ku saat itu...... aku tak sempat nak balas tapi selesai majlis aku call dia sendiri, aku sembang pasal kenduri dan sampaikan salam semua yang bertanya akan dia..... aku tau dia sedih.... anyway aku janji yang aku akan masak seperti mana menu malam tu bila dia balik nanti.... baru dia macam seronok sikit dengarnya..... Mama akan selalu doakan kejayaan dan kesejahteraan abang semuga abang mendapat perlindungan dan diberkati yang maha Esa sentiasa... Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan