Jumaat, November 13, 2009

Doa ku untuk Dania


Bergambar dipentas bersama Pengurusi PIBG dan Guru Besar (dibelakang) Pn Sharifah Normah Bt Sahalan

Dania menerima hadiah dari Tn Haji Megat Md Salleh, Pengurusi PIBG Sekolah

Dania bersama rakan sekelasnya, Arfah dan Iffah (anak-anak comel)

Anugerah Pelajar Mumtaz 2009

Anugerah Cemerlang Pelajaran Bahasa Arab Tahap 1 2009


Anugerah Pencapaian Prestasi 2009

Sebaik mendapat buku lapuran prestasinya, dia lantas menalipon ku untuk memaklumkan akan keputusan peperiksaan akhir tahunnya. Usahanya selama ini membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan. 10 mata pelajaran mendapat Gred A, memandangkan persaingannya yang hebat didalam kelas 1 Kenanga maka kedudukannya di kelas 8/32 dan dia diantara 34 murid yang cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di kelas 2 Cempaka pada 2010. Impian Dania terlaksana atas berkat usaha gigihnya dan kami turut merasa gembira akan kejayaannya biarpun dia hanya di dalam tahun 1.

Minatnya yang mendalam dalam pendidikan ugama sebenarnya ternyata terserlah. Dia gemar mengaji....... akan mengikut kami setiap kali kami membaca yasin. Kebolehannya mengikut kami dengan bacaan yasin ternyata membuatkan dia bersungguh-sungguh dalam menghabiskan Iqranya seawal mungkin. 14.11.2009 merupakan Hari Kecemerlangan bagi murid-murid Sekolah Rendah Agama Banting. Dania merupakan salah seorang murid dari Kelas 1A1 yang mendapat Gred Mumtaz bagi peperiksaan akhir tahun. Layak untuk menjadi murid 2A1 pada tahun 2010. Merupakan murid yang mendapat 100% dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan menerima Anugerah Peningkatan Prestasi. Surat jemputan yang diterima meminta kami hadir pada hari Sabtu 14.11.2009 jam 8.00 pagi untuk anugerah tersebut. Untuk meraikan majlis tersebut aku ke pejabat agak lewat seperti biasa, setelah menyaksikan dia naik ke pentas baru ku tinggalkan dia bersama Papa sehingga majlis selesai. Memandangkan hari itu akur terpaksa bertugas di Bandar Puteri maka dengan itu niat untuk memohon cuti terpaksa dibatalkan. Mujur Dania memahami akan tugas ku dan dia akur bahawa aku tidak dapat bersama sehingga majlis usai. Dania ternyata cemerlang dalam bidang akademik di Sekolah Rendah dan Sekolah Agamanya....... Syukur Alhamdulillah doaku termakbul semuga anak-anak cemerlang dan menyerlah dalam bidang akademik dan kokurikulam mereka.

Sekolah Rendah Agama Banting mencatat peratus 89.8% PSRA Top 10 bagi Negeri Selangor, dan Sekolah ini merupakan Sekolah ke 2 di Kuala Langat mendapat peratus tertinggi pada tahun 2009 selepas Sekolah Rendah Agama Integrasi Sg. Maggis. Berkat usaha gigih semua tenaga pengajar dan murid-murid mereka berjaya untuk mengharumkan nama sekolah. Aku bersyukur kerana Dania menuntut di sana semuga dia juga menjadi murid cemerlang pada tahunnya nanti. Doa ku semuga dia akan mengekalkan prestasi pelajarannya dan setanding dengan murid-murid yang cemerlang demi masa depan yang lebih gemilang..... Insa Allah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan