Selasa, November 10, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan ke 20

Memotong Cake bersama 2 anak gadis yang di rumah... (kecuali Shafiq di UPNM)

Mama and Papa on the Anniversary Day....

My home made Carrot Cake

Selama 20 tahun melayari bahtera bersama dilautan kehidupan yang dinamakan perkahwinan dengan merempuh berbagai ombak dan badai perkongsian sebuah institusi dan kini tanpa dirasai telah pun mencapai ke satu angka yang aku tidak sedari. Mengimbas kembali detik pertemuan dan permulaan selepas lafaz hijab kabul dan sehingga kini..... Syukur Alhamdulillah kami berjaya melaluinya sejauh ini. Kasih sayang yang bersemi ini melahirkan 3 cahaya mata yang tidak ternilai bagi kami. Berkat kesabaran dan muafakat anak-anak membesar dididik sebaik mungkin mengikut norma-norma pendidikan yang sewajarnya bagi mereka.

November dalam sejarah, 11 November merupakan ulang tahun perkahwinan, 15 November putera sulung ku dilahirkan dan 22 November puteri ku Hani dilahirkan. Seperti tahun-tahun yang lalu aku sering menantikan tarikh ini.... tapi tak tau kenapa aku tidak menyedarinya semalam (09.11.2009) bahawa 11 November sudah terlalu hampir sehingga Amin mengingatkan ku tentang hari terindah kami. Mungkin kerana yang sudah-sudah hanya aku yang beria-ia maka tahun ini ku kira biasa saja malah yang menjadi fokus ku ialah tarikh ulang tahun anak-anak supaya tidak dilupakan dan dapat disambung bersama..... itu permintaan ku pada Amin.

Memandangkan kesibukan pada 15.11.2009 (Ahad) yang mana aku diwajibkan untuk bertugas kerana Perasmian Pondok Polis di Bandar Puteri dan latihan teakwando Hani yang akan menyertai Pertandingan Teakwando Rakan Muda pada 28.11.2009 maka kami tidak dapat meluangkan masa untuk meraikan hari ulang tahun Shafiq di UPNM memandangkan waktu yang terlalu singkat. Walau bagaimanapun kami bersetuju untuk meraikan pada 22.11.2009 bersempena dengan sambutan ulang tahun Hani sekali. Mudah-mudahan Shafiq memahami kelewatan sambutan hari ulang tahunnya.....bukan kerana ingatan tapi adalah kerana waktu yang tidak mengizinkan.

Atas permintaan Papa mencadangkan supaya kek anniversary dan ulang tahun anak-anak, Mama bake sendiri. I love the idea and barang-barang Mama order jer, Papa go and buy. List barang-barang tak banyak sebab ada barang yang dah memang sedia ada di rumah. Anyway Papa kena get a tin of butter, carrot, Phillidelphia cheese, walnut, raisin, eggs and self raising floor. Carrot Cake for tonight and Cheese Cake for next week birthday Shafiq and Hani. Untuk malam istimewa aku merancang untuk masak nasi tomato, ayam masak merah dan acar untuk makan malam ni.... hopefully rancangan berjalan dengan baik..... mood pun baik nampaknya awal pagi dah wish happy anniversary and give a morning kiss :)..... romantik gitu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan