Isnin, November 16, 2009

Kerja Hujung Minggu kerana "Polis Jiran Ku'

Me n ija at Nyonya Kitchen Retaurant after the hard work...
With Yati n Joyce at the registration table

Di meja pendaftaran diawal pagi.....

Di meja pendaftaran bersama kakitangan IOI lain yang turut bertugas di hari minggu....

Menyediakan 'Door Gift' untuk press awal pagi di tapak

Barisan hormat menanti kehadiran OCPD Klang
Pengunjung menikmati hidangan yang disediakan

Wargakerja IOI yang bertugas di bahagian penyajian makanan melayan pengunjung dengan hidangan yang disediakan

Pertunjukan anjing pengesan

Pertunjukan berkas jenayah

Dato David wakil IOI menyerahkan mock key kepada OCPD Klang Tuan Mohammad

Tuan ACP Mohamad Bin Mat Yusof memotong riben Pondok Polis Bandar Puteri, Klang

Minggu lepas betul-betul penat dengan kerja hujung minggu hari Sabtu dan Ahad di Bandar Puteri, Klang. Sabtu rotation work Ahad pulak perasmian Pembukaan Pondok Polis di Bandar Puteri, Klang. Kakitangan diminta supaya berada di pejabat Bandar Puteri sebelum 8.00pagi, sarapan pagi disediakan dan kami diminta supaya berada di tapak perasmian pada jam 8.20pagi. Dalam perjalanan sempat aku mengsms anak bujang ku yang menyambut hari lahirnya yang ke 18 tahun hari ini (15.11.2009)....... kesian dia, kerana aku berkerja jadi tak dapat nak celebrate birthday dia hari ini. Anyway aku cuba untuk bercakap dengannya sendiri untuk mengucapkan selamat padanya selepas program selesai. Warga kerja telah disediakan dengan sarapan pagi nasi lemak or mee hoon goreng dengan air kopi O. Aku dan Ija di tugaskan untuk berada di khemas VIP, tetapi memandangkan kekurangan kakitangan di meja pendaftaran maka aku mengambil alih tugas pendaftaran di Khemas pertama.... dimana-mana pun sama asalkan program berjalan lancar. Meja pendaftaran memang sibuk dan tak henti-henti didatangi, tapi memandangkan kami hanya mengambil kehadiran bagi penduduk dari Bandar Putera dan Bandar Puteri sahaja, maka agak ramai yang kecewa kerana tidak dapat peluang untuk membawa balik 'door gift' yang disediakan dari pihak pemaju (IOI). Walaupun simpati dengan keluhan para pengunjung namun kami hanya menurut arahan dan dari pihak CSU yang menganjurkan program hari itu.

Melihat akan kehadiran penduduk dan anggota polis dari berbagai Jabatan dan cawangan yang ramai rasa seronok juga..... sekurang-kurangnya program 'Polis Jiran Ku' mendapat sambutan baik dari semua pihak. IPD menyediakan beberapa pertunjukan menarik untuk ditonton oleh pengunjung. Pertunjukan anjing pengesan dan pertunjukan berkas jenayah menarik ramai pengunjung dan lakunan mereka memang 'real'. Tembakan meriam 1 das mengejutkan aku pagi itu yang leka dengan pendaftaran....... kanak-kanak yang datang diberikan belon dan 'goodies beg' dan anak-anak disediakan sudut kreatif 'sand art' untuk mereka berseronok. Pihak IPD menyediakan pameran kepolisian untuk pihak awam mengenal lebih dekat lagi peranan dan fungsi polis dinegara kita. Pada keseluruhan program 'Polis Jiran Ku' berjaya dan menarik minat ramai pengunjung setempat. Majlis telah dirasmikan oleh OCPD Klang, Tuan YBH ACP Mohammad Bin Mat Yusof.

Pengunjung juga disediakan dengan hidangan ringan minum pagi, meehon goreng, nasi goreng, ayam goreng, sambal sotong, donut, karipap, buah-buahan dan teh tarik, kopi dan sirap untuk semua pengunjung dan anggota polis yang terlibat. Maklumat yang diterima dari teman-teman di khemah makanan bahawa sudut makanan diserbu dan penuh sesak dengan barisan pengunjung yang tidak bersarapan pagi, mungkinya...... memandangkan makanan yang kami sediakan habis licin. Kami warga kerja IOI yang terlibat telah dijemput untuk makan di Restorant Nyonya Kitchen di Bukit Tinggi selepas selesai tugas hari itu. It was very nice food and such a lot of food yang di order untuk kami, sehingga makanan memang tak boleh habis dan ada yang 'tapau' balik. Anyway kami dapatlah 1 hari replacement leave kerana berkerja pada hari Ahad tu...... walaupun badan penat tapi kepuasan menjayakan program dan dan perasaan seronok kerana terlibat dengan program 'Polis Jiran Ku' berjaya dilaksanakan.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan