Selasa, Oktober 05, 2010

Tetamu istimewa...

Laen ketika bertandang ke rumah....


Sejak malam semalam aku kurang sihat, kerana selsema, batuk dan sakit tekak. Kerja rumah ku lakukan ala kadar, dan kebanyakkan masa aku berihat lebih-lebih lagi bila lepas makan ubat yang dibekalkan oleh Doktor. Dania yang diserang muntah-muntah sepanjang malam juga tidak ke sekolah kerana keletihan dan Doktor memberi dia cuti dan ubat untuk dia berihat. Aku agak kaget bilamana Hani memaklumkan Laen akan datang beraya ke rumah petang ini, Laen adalah teman sekolah Hani yang mengidap 'Lukimea' dan mendapat rawatan sejak dari bulan April. Bergegas aku bangun dari katil dan turun ke bawah. Tak lama aku sampai di bawah, 'Laen' telah pun berada dimuka pagar. Dia datang sendirian dengan motor, dia menuggu diluar agak lama kerana malu. Menurut Hani dia malu untuk masuk kerumah kerana keadaan dirinya yang sudah agak banyak berubah, khusunya bahagian kepalanya yang sudah tidak berambut. Aku dan Amin keluar ke muka pintu untuk menjemputnya masuk dan dia akur dengan pelawaan kami. Terharu melihat kesudiannya yang sudi menziarah kami bersempena hari raya. Kami juga kagum dengan perkembangan dirinya yang nampak begitu berbeza jika dibandingkan ketika dia terlantar di hospital beberapa bulan dulu. Ketabahan dan kekuatan semangatnya membantu dia untuk pulih dan melawan penyakit yang dihidapi selama ini. Menurutnya dia telah melalui 4 fasa kimoterapi dan setiap fasa mengambil masa 7 hari bagi memasukkan ubat kimo ditubuhnya, kini dia menunggu untuk pembedahan som-som tulang yang akan dijalankan di hospital Ampang. Menurutnya som-som tulangnya saudara-saudara (adik-beradik) tidak sama dengannya, demi kerana itu Doktor akan mengeluarkan som-som tulangnya dan merawat som-som tulang tersebut dan akan dimasukkan semula ke dalam tubuhnya apabila sudah sedia dirawat. Begitu aku kagum dengan teknologi perubatan kini. Dan dari makluman Laen, aku mempelajari sedikt teknologi perubatan modern kini. Kepada Laen, kami bekalkan semangat supaya terus berani dan redha dengan segala dugaan yang Allah berikan kepadanya. "Hanya hamba-hamba yang terpilih dan disayangi akan diuji dengan berbagai dugaan.... maka dengan itu jangan kamu kesal dan kecewa dengan apa yang telah ditetapkan, kerana ianya akan menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepadanya" itulah pesanan kami kepada Laen..... Kami bertanyakan tentang rawatan yang telah dilalui dan dia tanpa segan bercerita tentang apa yang telah dilalui selama dia dirawat. Laen mendapat sokongan yang kuat dari kedua orang tuanya dan keluarga didalam memberikan dia semangat untuk melawan penyakit yang dihidapi.

Banyak aktiviti sekolah yang terpaksa ditinggalkan dan dia juga ketinggalan banyak perkembangan yang berkaitan dengan sekolah. Hani menceritakan beberapa perkara yang dikira perlu untuk makluman Laen. Diwajahnya terlukis keriangan apabila bercerita tentang sekolah dan teman-teman sekolahnya yang sangat dirindui. Banyak juga perihal sekolah dan teman-teman yang hilang dari ingatannya. Ianya adalah perkara lumrah bagi pesakit yang telah menjalani proses 'Kimoterapi' dan Laen sendiri mengakui bahawa banyak perkara yang tidak dapat diingati dengan baik. Kami sungguh bersimpati dengan keadaannya, sesungguhnya kami melihat kekuatan dan kesungguhan dia, menurut Hani dia sering bersms dengan Laen untuk mengetahuai perkembangan dirinya. Dia juga yang pandai mengusik dan malu bila diusik membuatkan kunjunganya tidak janggal. Hani juga pandai mengusik Laen dan bertanya dia berbagai soalan yang membuatkan suasana perbualannya dengan Laen menyeronokkan. Aku dan Dania terpaksa mengenakan 'mask' untuk mengelakkan dari virus selsema kami terkena Laen. Memandangkan antibodi Laen sebenarnya kurang untuk melawan sebarang virus, kerana itu kami rasa perlu untuk mengelakkan dia dari dijangkiti.



Malangnya aku tidak dapat menemani Laen lama kerana keadaan ku yang tidak sihat tidak mengizinkan aku bersembang lama. Amin dan Hani melayan Laen dan hidangan ringan kuih raya dan chicken fingers bersama Kopi 'O' Laen berselera. Beberapa makanan yang untuk sementara waktu dipantangkan oleh Doktor menurutnya. Daging, Durian dan makanan-makanan yang boleh memanaskan badan (tinggi kandungan Kabohidrat) harus dielakkan pengambilannya. Dia ku lihat akur dengan larangan yang dikenakan padanya, what a good boy... Menurut Hani, Laen pulang hampir jam 10.00 malam, lagi sekali aku kaget dengan kelekaannya dan aku menegur Hani kerana bersembang dengannya terlalu lama..... aku bimbang keselamatannya yang pulang dengan bermotor waktu malam, dalam keadaan dirinya yang sedemikian. Walau apapun kesudiannya untuk bertandang kerumah kami begitu mengejutkan dan mengharukan kami, dan kami doakan semuga pembedahan som-som tulang (bone marrow) akan berjaya dan dia akan selamat sebelum, ketika dan selepas pembedahannya dan akan sembuh dan sihat seperti sediakala selamanya semuga dia akan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti anak-anak yang lain yang seusianya...... InsaAllah(Kepada pembaca 'Tetamu istimewa' marilah kita sama mendoakan kekuatan dan ketabahan Laen dalam menghadapi dugaaan ini dan kejayaan pembedahan yang bakal dilaluinya, semuga dengan bantuan doa kita bersama Allah akan memakbulkannya.... InsaAllah...) Terima kasih..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan