Selasa, November 30, 2010

Arnab jumpa.... (JUM and PA)

Kesan warna kebiruan adalah semburan ubat ketika rawatan, yang disembur tanpa menyentuh JUM dan PA......

JUM dan PA... hari ke 9 kurap di muka, telinga dan badan mula berkurang dan bulu2nya mula berguguran bersama penyakitnya.....

Hari Isnin (21.11.2010) Hani dan Dania ke rumah Awa Normahnya seperti kebiasaan cuti sekolah. Kalau mereka ini tidak ke sana, pastinya kedua orang tua ini akan menalipon dan tertanya-tanya "bila kamu nak datang umah awa ni...?" So bagi aku dan Amin, naluri dan ikatan ini memang tidak dapat kami nafikan sama ada anak-anak ku atau kedua-dua orang tua ini mereka memang saling menyayangi. Anak-anak ku menganggap kedua Awa Hasan dan Awa Normanya seperti Datuk dan Nenek mereka sendiri, lebih-lebih lagi semenjak arwah Nenek Nong dan Datuk Salim kembali kerahmatullah.... Mereka tiada Datuk dan Nenek.....Alfatiha untuk kedua mereka semuga roh mereka dicucuri rahmah......

Sedang aku leka di pejabat, Dania menalipon aku dengan tangisan! dari suaranya aku tau dia sedih... hingga tak boleh nak bercakap! Masaalah Dania bila menangis apa yang nak diperkatakan sememangnya tidak jelas.... aku cemas kalau dia talipon dan menangis, bila ditanya dia mengambil sedikit masa untuk berkata-kata dan menjelaslah keadaan tujuannya dia menalipon ku. "Mama... adik jumpa arnab.. tapi arnab tu sakit.... kesian dia Ma... Mama tolong la talipon Papa minta Papa bawa rumah Tembong dengan ubat....." dalam esak dia bercakap. Aku yang tidak berpuas hati dengan bicaranya tadi menalipon Hani pula. Dari Hani barulah aku pasti akan duduk cerita yang sebenarnya. Mereka terjumpa 2 ekor arnab didepan rumah Awa, tapi keadaan arnab tu teruk dan buruk!! Arnab tu ada penyakit 'kurap' katanya. Dan Kakak pun mengiakan cerita si adik yang keadaan si arnab tu yang Teruk!! kesian... kesian... kesian... katanya... yang pasti Papa takkan melayan permintaan anak-anak ini, jadi aku diminta supaya menjelaskan dan memohon jasabaik Papa untuk menghantar keperluan untuk menempat dan merawat arnab yang sakit. Maklumlah waktu kerja, manalah si Papa nak balik rumah dan hantar semua keperluan tu.... Nak tak nak kenalah aku yang bercakap dengan Papa ni.... Well.... mukaddimah ku bermula..... hahahahaha.... biasala bila aku bercakap dengan suami ku... ehemmmm.... okay punya... :) Papa bersetuju untuk menghantarkan rumah Tembong yang sememangnya sudah tidak dipakai bila mana Tembong dan Putih berpindah ke rumah baru mereka. Bersama ubat, sarung tangan, pallet, bekas makan dan botol air untuk keperluan arnab-arnab baru. Mujur segala keperluan memang masih berbaki dirumah dan tersimpan baik jadi tidaklah menjadi kesukaran untuk Papa mencarinya. Bila Papanya sampai di rumah Awa, Hani memaklumkan bahawa ekpidisi menyelamat telah pun selesai dan kedua-dua arnab berjaya ditangkap dan sudahpun diberi makan dan disemburkan ubat! huuuuuh... lega....

SubhanaAllah...... Terkejut besar aku..!! mana taknya, punya la teruk keadaan arnab-arnab tuuu...! subhanaAllah... manalah Dania tak menangis!! tak boleh nak aku gambarkan betapa buruknya rupa arnab dan teruk penyakitnya dan ditambah dengan baunya yang busuk arnab-arnab tu... telinga arnab pun sudah tidak berupa telinga... telinganya tebal dan koyak dan pecah disekeliling kelopaknya, nak muntah aku dibuatnya.... 'Cronic sickness' sampai hati orang yang menjaga arnab ni memperlakukan dan membiarkan arnab ini sebegini teruk sakitnya.... geram betul aku... hati ku bergumam... ni pastinya orang pemalas dan pengotor yang menjadi tuan si arnab ni... Menurut Hani, badan dan bulu si arnab tu keras macam kakak pegang arang! "biar betul kak?" "Mama tak percaya cuba Mama pegang.... " suruhnya pada ku. Bayangkanlah kalau bulu arnab yang lembut dan panjang Hani kata 'KERAS' "Mama tengok dah nak muntah... Kakak yang pegang ni lagi la..." katanya. Tapi aku memang 'tabik' kat Hani... dia memang boleh diharap untuk kerja-kerja begini.... tengok jer dia tu macam lembik-lembik... tapi dia sebenarnya berani juga... kedua-dua ekor arnab tadi dia yang tangkap, "Papa tengok jer" katanya..... "Biasa la Kak... Papa cuma pegang Putih n Tembong jer... " sebab arnab tu sihat n cantik... kalau Tembong duduk atas dada dia pun takpa.

Kini sudah hampir 8 hari arnab yang Awa namakan 'JUM' dan 'PA' dirawat dan tinggal di rumah Awa. Keadaannya beransur pulih... kurap yang diseluruh tubuh badan arnab mula mengering dan menanggal.... bulu-bulu yang keras dan rosak pun mula jatuh... setiap pagi bila menukar alas disangkar arnab, kami boleh lihat kepingan-kepingan putih kurapnya yang berguguran. Kami gunakan glove dan mask untuk mengurus dan merawak JUM dan PA. Langkah berjaga-jaga dan hygine harus diambil dan diamalkan supaya tidak memudaratkan orang yang merawat pula. Semalam aku bawakan rumah Putih yang lama untuk menjadi rumah JUM dan PA, supaya mereka berdua lebih selesa dan mudah bagi menguruskan pembuangan najis-najis mereka. Mudah-mudahan arnab-arnab ini dapat dipulihkan dan Hani berhajat bila mereka sembuh, arnab ini akan dimandikan dan disyampokan seperti Putih. Itulah azam Hani untuk melihat kedua-dua arnab yang sakit sembuh seperti arnab-arnab lain.
li

Tiada ulasan:

Catat Ulasan