Isnin, Disember 20, 2010

Kunjungan Orang Kampung

Dari pandangan, dia merupakan anak yang bijak... tapi kenapa sampai dia tidak boleh mengenal huruf dan membaca? persoalan itu yang sering berlegar. Dengan bantuan dan sokongan yang berterusan tanpa jemu dia pasti boleh berjaya..... tapi persoalannya siapakah yang akan memberikan bantuan dan sokongan itu di kampung nanti...?

Zaidi & Izani ketika di Banting semasa sessi membaca dan mengeja
Dania bersama sepupu perempuannya.... seronok bersama....
Menikmati udara nyaman di Pantai Morib.....

Hani bersama sepupu2nya bersantai di Pantai Morib... sambil menikmati makanan ringan....
Hani dan Awa Normah, tekun menikmati juadah.....
Yati dan Alif berselera menikmati hidangan yang kami pesan.....
Tengok! kosong pinggan Dania.... :)

1 Muharam yang jatuh pada 7hb Disember 2010 (Selasa) merupakan hari cuti umum bagi kebanyakkan negeri di Malaysia, termasuk Selangor. Kebetulan pada hari itu Hani dan Dania merancang untuk bershoping bersama Angah Yati, Alif dan Awa Normahnya ke Jaya Jusco. Perjalanan membeli-belah memuaskan hati bilamana semua orang mendapat apa yang dihajati dan kami sempat menjamu selera makan tengahari di Chicken Rice Shop sehingga kekenyangan. Rancangan bermula bilamana Papa akan pulang ke kampung dan membawa Embah dan anak-anak arwah Mayah yang seramai 4 orang kecuali Takim yang sedang menghadapai peperiksaan SPM bercuti ke Banting. Sebenarnya bukanlah satu perkara mudah untuk membawa mereka (mertua ku dan cucu2nya) ke Banting, mereka boleh saja ke Kuala Lumpur, PutraJaya or Shah Alam but not to Banting! this was notice so many times and it was often when she (Embah) was here at the other kids house or grandchild house, we only sometimes be informed by them. Semacam ada rasa bimbang untuk mereka memaklumkan kepada kami, mungkin tak mahu Embah dibawa ke rumah kami yang dikirakan jauh dari 'Klang Valley' atau mungkin kesuntukkan masa untuk dia dibawa menziarahi kami. Kami hanya bersangka baik saja dan maklum akan kemahuan orang tua dan kesibukkan ipar-ipar juga anak buah ku ini. Tapi kali ini, oleh kerana kesakitan kaki yang telah dialami sekian lama dan ditambah dengan insiden jatuh yang mengakibatkan kesakitan melampaunya di tulang rusuk, dia bersetuju untuk dibawa berubat dengan kaedah cina atau Singseh 'Tabib Ho' yang merupakan seorang pakar ortopedik occupunture di Klang.

Selama berada di Banting, Embah telah melalui rawatan sebanyak 3 kali, dengan diberikan urutan dan ubat-ubatan cina. Disambing beberapa larangan makan untuk setengah-setengah makanan yang dikira boleh memudaratkan kesihatan semasa sessi rawatan. Bayaran yang dikenakan dikirakan agak berpatutan juga dari sekitar RM50 hingga RM80 untuk sekali rawatan bergantung kepada cara rawatan dan ubat yang dibekalkan. Untuk mengambil hati anak-anak buah dari kampung, Amin membawa mereka ke Pantai Morib bersantai. Hani dan Dania yang kebiasaannya ke rumah Awa, hanya tinggal dirumah bersama mereka, melayan tetamu istimewa kami supaya mereka merasa selesa. Hani juga berjaya mengajak Yana untuk membuat Kek Butter untuk hidangan minum petang kami, dengan tujuan supaya percutian mereka di Banting tidak membosanan. Dan dikesempatan ini juga kami mengajar anak-anak arwah yang lemah membaca untuk berjinak-jinak dengan buku. Walaupun kesempatannya agak terhad memandangkan baru 3 sessi bacaan yang kami berikan, Kak Kiah sudah sibuk untuk membawa mereka ke Port Dickson dan bermalam disana. Sedih rasanya dalam keadaan Embah yang belum pulih sepenuhnya dan anak-anak yang tidak mengenal huruf, kami tidak mendapat kerjasama baik dari pihak-pihak yang sepatutnya untuk memulihkan dan memberikan keinginan belajar dan mengaji. Rasanya agak keterlaluan untuk dipaparkan disini akan perkara ini, bak kata pepatah seperti 'Membuka pekung didada' namun itulah hakikatnya. Kecederungan mereka adalah lebih kepada hiburan dan berseronok. Anak-anak yang ketiadaan ibu ini sebenarnya mendapat kasih sayang yang penuh dari Embah, Bibik, Paman dan Waknya. Namun cukupkah kasih sayang itu? seandainya tumpuan dan perhatian tentang akademik dan pembelajaran ugama dan amalan keugamaan tidak titikberatkan? Anak-anak tidak pandai mengaji al-Quran malah bersembahyang pun tidak dikerjakan tanpa disuruh dan diingatkan..... MasyaAllah..... sungguh kesihan.... namun apalah daya ku... hajat kami untuk mengambil 2 orang dari mereka untuk kami besarkan di Banting tidak mendapat sokongan langsung, malah anak-anak ini dimomok-momokkan dengan disiplin dan peraturan didikan kami. Alhamdulillah dalam tempoh 5 hari berada di Banting, anak-anak aku ajak sama mengaji yasin untuk disedekahkan kepada arwah ibu mereka yang telah tiada. Dan mereka juga diingatkan supaya mengerjakan solat disetiap waktu. Hani ternyata amat kecewa bilamana Paman Mail datang pada petang Sabtu untuk mengambil Embah dan saudara sepupunya ke Putrajaya. Baginya usahanya untuk melihat Zaidi dan Izani menguasai bacaan terbang begitu sahaja, bilamana Embah juga tidak menunjukkan minat untuk mengizinkan Zaidi dan Izani tinggal bersama kami semasa tempoh cuti persekolahan supaya mereka ini mendapat bimbingan membaca dari kami..... Apa yang boleh aku katakan kepada Hani "Kakak... tak semua orang berpendapat sama macam kita.... kita doakan saja dia orang ada masa depan yang baik... InsaAllah..." Sebelum mereka berangkat aku sempat menitipkan 2 buah buku cerita yang telah diwarnakan mengikut sukukata untuk memudahkan mereka mengeja dan membaca semasa berada di Putrajaya. Semuga buku itu akan dapat membantu mereka berlatih membaca dengan lebih bersemangat, kerana buku yang dibekalkan merupakan buku cerita yang menarik ketika Dania di Sekolah Tadika. Tiada kata-kata yang mampu kami ucapakan selepas mereka pergi..... kerana setiap patah kata hanya akan mengecewakan suami ku memandangkan mereka itu darahdagingnya yang perlu dibantu namun dia sendiri tidak berupaya melakukannya..... WaAllahhualambisawab.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan