Rabu, Oktober 21, 2009

Majlis doa Selamat dan perjumpaan Hari Raya




Pertemuan di Pusat Kesihatan Teluk Datuk pada pagi Jumaat 9.10.2009 membuatkan aku rasa bersalah untuk menolak permintaan beliau (Encik Ali dan Rosnani) untuk menyediakan Mee Kari untuk 100 orang bagi majlis kenduri doa selamatnya bersempena keberangkataannya ke tanah suci Mekah pada 19.10.2009. Beliau adalah sahabat kepada suami ku di JKR Kuala Langat. Pasangan ini akan berangkat ke Tanah suci pada penerbangan ke 2. Majlis kenduri mereka diadakan pada hari Khamis malam Jumaat selepas solat Isyak 15.10.2009. Hari tu aku pulang dari pejabat awal 1 jam semata-mata untuk menyediakan Mee Kari majlis doa selamat. Seperti biasa tugas didapur dibantu dengan suami ku...... dia yang sememangnya begitu gembira atas kesetujuan ku untuk memasak mee kari tu... membuat semua persediaan membeli dan menyediakan barang-barang untuk dimasak. Tugas ku hanya masak!! aku semamangnya seronok bab masak-masak ini lebih-lebih lagi bila ianya atas permintaan dan ramai yang menyukainya. Apa lagi keluarlah periuk besar dan senduk besar peninggalan arwah mak dari dalam stor ku untuk kuah kari dan merebus mee..... here come the cheff.....
Mee Kari siap dan sedia untuk dihantar sebelum jam 8.00 malam. Tugas mengemas selesai... anyway kami agak terlewat untuk sampai ke majlis doa selamat selepas isyak. Majlis doa selamat yang bagi kami seperti re-union dengan sahabat-sahabat dari JKR Kuala Langat, memberi kesempatan berhari raya sekali. Diluar pengetahuan ku, rupanya mee kari ku menjadi kegemaran mereka dan ramai yang bertanya, aku rasa bersalah juga kerana ianya habis licin sehingga tuan rumah sendiri tidak merasa.... yang penting tiada pembaziran dan insaallah akan ku buatkan khas untuk tuan rumah selepas mereka pulang ke tanah air pada 3.12.2009, kesempatan singkat ini membolehkan kami berjumpa sahabat-sahabat lama biarpun masa yang singkat dan doa kami semuga pasangan ini akan selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur dan mudah-mudahan kami bakal menjadi tetamu Allah untuk masa akan datang..... Insaallah... Amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan