Isnin, Oktober 05, 2009

Usaha tangga kejayaan Hani

7.10.2009 bersamaan hari Rabu, akan bermulanya Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi Hani Hazirah. Untuk memberikan dia semangat dalam menghadapinya, aku akan bercuti dan bersamanya di surau sekolah. Insaallah seandainya tiada aral melintang biasanya para ibu bapa akan membaca yasin di surau sekolah. Ini adalah kebiasaan yang dilakukan ibu bapa semasa anak sulung ku meduduki peperiksaan PMR dan SPM di KUSESS. Jadi, untuk Hani juga akan mendapat sokongan yang sama. In person aku tidak membezakan antara Shafiq dan Hani..... jadi bagaimana Shafiq begitu juga Hani akan mendapat sokongan yang sama semasa peperiksaan penting mereka. Alhamdulillah cuti yang ku pohon untuk hari pertama PMR juga telah diluluskan oleh pihak pengurusan, dan Papa juga sudah berjanji akan berpuasa untuk Hani pada hari itu, mudah-mudahan Hani akan mendapat sokongan moral dan suntikan semangat ketika tempoh peperiksaannya nanti. Sebagai Ibu Bapa, kami hanya mampu mendoakan dan mendorong tetapi segala usaha itu adalah atas kemahuan dan usahanya sendiri dan dengan izin Allah..... Doa dan harapan kami dia akan berjaya dan cemerlang dalam peperiksaannya nanti..... Insaallah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan