Sabtu, September 22, 2012

Homemade Carrot cake n Chocolate Rosette...

Lately, Dania and myself weight has increase! opssss!!! No wonderrr...... the cakes really makes both of us fats! hahahahaha...... Amin had several times complaints about the refrigerator was full with cakes, cupcakes and chocolates....... :)  well... well.... that is my faults actually no doubts and I admitted, the pleasure in baking and cooking caused the congested of the refrigerator..... Now I have to work out something.  ????? a new refrigerator??? maybe......:)
Ia seperti satu penyakit, bila ketagih untuk 'baking' hahahahaha...... sorry la, sebab ada juga segelintir wanita yang kurang berminat ke dapur.  Bak kata orang "rambut sama hitam tapi hati lain-lain..." sesungguhnya amat benar dan tiada bantahan dan bersetuju dengan pepatah tersebut.   Namun di dalam tubuh ku lahir satu kecintaan untuk memasak.... apa saja masakan, lauk, kuih, kek, biskut atau nasi dan semua nak aku cuba...... :) cuma apa yang menjadi kebimbangan penambahan berat badan dan obesiti!!! takut sungguh dan harus dikawal jangan sampai terlanjur besarrrr..........hahahahahaha......
Aku amat gemar dalam dekorasi kek...... cuba lihat hasil kerja tangan ku yang tak seberapa.......
Carrot cake with cream cheese.... my 1st time doing little carrot icing, its awesome....!!

 Its simply delicious.... honestly, I love the taste and the walnut was baked before chopped n mixed in the cakes, taste so chunky n yummy....
 
 Never think of the rosettes icing on the cakes.... but its really nice to have something different from the ordinary cakes icing.... pink rosettes....:)

My Hani says that its tested like a chocolate fudge!  well... i guess she is right..... nice and so rich with chocolatier........
 
Tidaklah ramai, tapi bolehlah dikatakan ada yang membuat tempahan dan ada juga segelintir teman-teman dan saudara yang menyarankan supaya aku berhenti berkerja dan membuka kedai kek!   aduhai..... sungguh terkejut hamba dengan cadangan yang begitu memberikan kepercayaan diatas minat dan hasil tangan ku selama ini yang tidak seberapa...... anyway... bukan mudah untuk berniaga....  banyak faktor yang aku harus fikirkan dan bak kata orang tu.... harus ditimbang-timbang dulu akan kemampuan diri hamba ini......:)  Hasrat ku untuk menambahkan ilmu dibidang masakan khususnya menghias kek masih dalam perancangan and on going katakan.....:)  InsaAllah... untuk setakat ini biarlah hamba berniaga kecil-kecilan dan mengambil tempahan dari rumah sahaja.... InsaAllah, andai ada rezeki dan kekuatan, Mom's little kitchen... akan menjadi nyata.....  (kepada yg berminat, sila email kepada saya sunaina_rful@yahoo.com.my)


 

Ahad, September 16, 2012

Cabaran buat Dania ku

Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi pertandingan Teakwando akan diadakan pada 18.09.2012 bersamaan hari Selasa bertempat di Stadium Matshushita, Shah Alam.  Bagi Dania dan team STC mereka tidak ketinggalan.  STC menghantar seramai 27 peserta dari pelbagai kategori dan mereka ini akan mewakili Sekolah masing-masing disekitar Kuala Langat.  Dania merupakan peserta tunggal mewakili Sekolah Rendah Sri Langat, hebat tu....!! harapan dan tanggungjawab tergalas dibahunya.  Inilah yang sering kami nyatakan padanya, supaya dia sedar bahawa dia membawa harapan yang besar sebagai wakil dari SK Sri Langat.  Surat pelepasan telah pun dihantar ke sekolah bersama surat sokongan dari PPD dan TM,  Amin dengan senang hati berjumpa  Guru Besar Sekolah dan beliau dengan gembiranya memberikan pelepasan untuk Dania. 
Pemilihan dibuat di minggu ke2 hari raya,  dan bermula dari hari pemilihan latihan intensive 3 kali seminggu giat dijalankan untuk semua peserta MSSS yang terlibat.  Bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 malam setiap Rabu dan Sabtu dan 3.00 ptg - 6.00ptg setiap Ahad.  Setiap peserta diwajibkan hadir dan tindakan gugur akan dikenakan kepada peserta yang tidak komited.  Kesungguhan Dania untuk menyertai Perkemahan Lencana Keris Perak dan terus berlatih diwaktu yang sama membuatkan aku dan Amin tidak kemana pada minggu ini, undangan rumah terbuka terpaksa kami lupakan dan begitu juga dengan undangan untuk menghantar pengantin ke Keramat.  Pelepasan selama 3 jam pada malam Perkemahan malam Ahad iaitu malam kemuncak merupakan cabaran bagi Dania.   Namun sebagai parents, kami tetap akur dengan jadual latihan yang telah ditetapkan oleh STC. Kerjasama yang amat baik dari guru-guru pengakap yang terlibat semasa perkemahan berlangsung begitu memudahkan Dania untuk meneruskan latihan seperti biasa. 
Walau dia kelihatan begitu letih pada masa kami menjemputnya di tapak perkemahan dia masih mampu berlatih seperti biasa, Master Ari telahpun aku maklumkan keadaan Dania yang terlibat dengan Perkemahan dan akan tetap hadir seperti mana jadual latihan.  Terkejut bila melihat dia di gelanggang dengan baju habis basah dek peluh...... rasa kasihan menyelinap di penjuru hati ku, namun inilah cabaran untuk Dania.  Kekuatan mental dan fizikalnya teruji...... kami terkecima dengan kemampuan gadis ku, "Adik..... adik boleh.... Mama tau, adik memang boleh..... " itulah kata-kata yang aku lafazkan untuk Dania ketika dia melangkah ke dalam kereta.   Papa janji akan handphone Samsung Corby andai dia memberikan perlawanan yang baik.  Setelah mandi dan makan di rumah dia kami hantar semula ke tapak perkemahan bersama Domino pizza permintaannya untuk dimakan bersama teman-teman perkemahan.  Janji ku untuk belanja Pizza dengan wang hasil jualan kek semalam..... aku laksanakan....:)  Alhamdulillah..... (Dania sering menjadi pendorong aku untuk berniaga, dan aku kira dia punya hidden marketing talent!)  Apapun, aku doakan semuga dia akan berjaya memberikan sumbangan dan mengharumkan nama Sekolah dan STC di MSSS, InsaAllah......
Headgear dan growing guard baru untuk Dania......  untuk kali ini, semua peserta sparring disarankan supaya mempunyai segala peralatan sendiri untuk memudahkan ketika pertandingan dan latihan. 


order...order....:)


 
Mula menerima tempahan dari teman2.... thank you for your support toward my cooking pleasure.  InsaAllah berkat sokongan ramai dari kalian mutu dan rasa cake buatan ku dapat dipertingkatkan dan dijamin dari segi rasa dan harga.....:)

Isnin, September 10, 2012

When practice makes perfect!

Sejak kebelakangan ini rajin pula nak pergi kelas.  Kelas memasak yang menjadi pilihan, dari chocolate class, cupcake class, red velvet dan akan datang sudah aku senaraikan kelas-kelas yang bakal aku ikuti.  Targetted class will be the icing decoration, cheese cakes class, tartlets and if possible the bread making!  Wow.... banyak tu kan?  ini baru perancangan aku untuk tahun ini, InsaAllah andai diizinkan Tuhan dengan masa dan rezeki yang ada dan terluang pasti ianya akan di realisasikan....InsaAllah.... :) Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalannya.....
Tujuan utama adalah untuk menambahkan pengetahuan dibidang masakan dan disamping menambahkan pendapatan sampingan juga sebagai mengisi masa yang terluang.... amboi macam la banyak masa terluang! Actually my time is very packed! kerja rumah, memasak, mengemas, mencuci sudah cukup padat.  Aku sememangnya tidak punya masa terluang percaya tak? Routine kerja dari Isnin hingga ke Sabtu, 9 pagi hingga 5.30 petang dipejabat.  Segala urusan rumah aku lakukan sendiri dengan bantuan suami dan anak-anak.  Hari Ahad satu-satu hari dimana kerja-kerja pembersihan rumah, vacum, mopping, mencuci dan menyental bilik-bilik air dilaksanakan.... ibarat office cleaner gamaknya kalau dah hari Ahad tu...  Walau bagaimanapun kesukaan dan kecintaan ku dibidang masakan masih terus membara-bara...hahahahaha.... maka dengan itulah kelas demi kelas aku hadiri untuk menambahkan ilmu dibidang masakan supaya dapat dinikmati oleh anak-anak dan suami khususnya,  teman-teman dan saudara-mara ku yang dikasihi.  Mungkin juga kerana sikap tamak ku juga..... :)  aku lebih senang meyajikan hidangan harian dari hasil tangan ku sendiri.  Tabiaat membeli makanan di luar amat minimal.  Terkecuali adanya perayaan atau sebarang sambutan baru kami makan di luar. 
Mencari dan mencuba recipi pilihan menjadi tabiat sejak dari dulu lagi.... apa yang menyeronokkan bilamana recipi yang dicuba menjadi and turn-up very well..... memang satu kepuasan dan keseronokkan.....:)  Let see what I have tried recently....
2 biji cake hasil kerja tangan ku, masih lemah dalam mendekorasi icing.... practice make perfect right? so.... insaAllah... my future icing class will improve the cake decoration....:)
 
Top Cake - is a butter cake with butter cream, these was my 1st trial of the new recipe from the book's (Panduan Asas Menghias Kek)  that I  bought last Friday.... Iam satisfied with the cakes and the icing, cake was soft and the icing was just nice..... its a bit easier to deco the butter icing cake actully....
 
Bottom cake - is the red velvet with a cream cheese topping, its a recipe that I have tried many times and Iam just plyaing with the decoration and my new nossels.......:)   Believe it or not I finish my icing cake at 4.00am on last Sunday..... and it was specially bake for the Sambutan Hari Raya Keluarga Massupi on 9th September 2012.


Isnin, September 03, 2012

Raya 1433H(2012) kami....

Memang tidak dijangka tahun ini sambutan hari raya dapat diraikan bersama semua anak-anakku.  Kepulangan Shafiq 2 hari sebelum lebaran memberikan kami suami-isteri kejutan yang indah.   Umpama mimpi ketika melihatnya melangkah masuk di pintu rumah.... Papa yang sungguh kesedihan sejak beberapa hari, begitu riang sekali.  Pelukan mereka bertaut irat, rahmat kesyukuran ku panjatkan kehadrat Illahi kurniaannya, berpelukan dan berkucupan dipipi dan dahi adalah lumrah kami bila bersama anak-anak.  Walaupun mereka sudah membesar, mereka tetap dipeluk dan dicium seperti mana dahulu.  Resam ini tidak berubah dari dahulu sehingga kini  dan selamanya insaAllah.....
Kami bercadang untuk pulang berhari raya di kampung lebih awal dari biasa, Sabtu tengahari kami sudah pun meninggalkan rumah menuju ke destinasi kami, Kg Padang Tembak, Teluk Intan, Perak.  Suasana hari raya kelihatan di sana sini sepanjang perjalanan kami.  Dan sesampai kami di kampung aroma rendang, sambal goreng dan lemang dari dapur sungguh menyelerakan. Bau enak menerjah lubang hidung kami.... semuanya siap dimasak oleh iparku yang telah pun pulang lebih awal bersama anak-anak gadisnya.  Tugas kami malam itu memasang lampu kerlap-kerlip di rumah 'Embah' kata Papa "biar nampak meriah dan ceria rumah embah...." anak-anak saudara ku yang tinggal bersama Embah pun turut seronok bila melihat Pak Min dan Hani beria-ia dengan lampu lip-lapnya.... nampak ceria dengan warna-warni indah diwaktu malam.
Beginilah suasana dipagi raya ketika kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan....
 Sambutan Hari Raya sepertia biasa, solat sunat di masjid, bermaaf-maafan di pagi raya bersama semua yang akan berkumpul di rumah mertuaku adalah resam kami di kampung, tangan dijabat lafaz diucap dan takkala itu hati sebak mengenangkan segala kesilapan silam yang terpahat dalam hati dan kotak fikiran.  Saat yang shahdu di pagi Syawal meninggalkan kesan yang begitu sukar digambarkan dan selepas bermaafan-maafan kami turun untuk menziarah pusara arwah Embah Lanang, bapa mertuaku, arwah Mok dan arwah Mayah, adik ipar ku yang telah dahulu menemui penciptanya.... Di sinilah hati sekali lagi disalut pilu.... kerinduan yang singgah di sudut hati bagai tidak dapat ditahan, dipusara ini sekali lagi airmata tidak daya untuk diseka, ia begitu murah dan deras.  Ya Allah biarpun mereka hanya iparku, namun aku begitu merindui kalian..... di pusara arwah Mayah hatiku disagat pilu yang teramat..... doaku semuga Allah tempatkan roh mereka semua dikalangan hamba-hambanya yang soleh dan soleha..... InsaAllah.....  Inilah kebesaran Illahi, setiap yang hidup akan mati dan disini destinasi insan yang bakal menemuai penciptanya - sebuah Pusara dengan 2 batu sebagai tanda yang dipanggil Nisan.  Alfatiha untuk semua ahli kubur.....
 
Tradisi menziarah seperti biasa bagi kami, untuk tahun ini kami ke Bagan Dato dan Ipoh menziarahi saudara-mara sebelah Ibu Mertuaku yang ramai di sana.  Walaupun kami jarang-jarang berpeluang untuk berjumpa, namun hubungan kami sememangnya amat akrab dan mesra.  Anak-anak juga tidak janggal berjumpa dengan kerabat-kerabat di Bagan Dato dan Ipoh.
Papa bersama 3 kesayangannya.....
Menuruni puncak!
 

Me with the 2 girls.....
 
My lovely kids ever....:)
 Sepulangnya kami dari Ipoh, kami merancang untuk bermalam di Cameron Highland.  Peluang untuk bercuti bersama-sama anak-anak.  Kami terpaksa menolak permohonan Shafiq untuk bercuti di utara di atas beberapa alasan.  Cukuplah ke Cameron Highland ni asalkan kami dapat menikmati masa yang berharga kami bersama, Its our Value Time!  Apa yang penting ianya dilaluan pulang dari Ipoh ke Banting.  Semasa di Puncak, anak-anak cukup sporting dan memberikan persefahaman diantara satu dengan lain.  Papa sedari awal sudah pun berpesan, "dont spoil our vacation..." jadi anak-anak cukup faham dengan perangai Papa yang sebenarnya.  Kami bersantai di setiap destinasi persinggahan kami.   Walaupun dengan kesesakan di sana-sini namun semuanya bagi kami berjalan baik dan lancar.  Penat namun kami cukup gembira dengan percutian di hari raya semalam di Cameron Highland.  To Papa, thank you for the nice vacation..... love u so much..... :)