Selasa, Ogos 09, 2011

Buka Puasa dan dot. dot.

Hebat sungguh! seharian aku didapur dari awal pagi semuanya aku lakukan sendirian, mujur tengahari bila Cik Wok datang adalah aku teman didapur, dan masa itulah Amin pun menjengah untuk membantu. Sup ayam, ayam goreng, ayam kukus (hainan dan amperor), pulut kuning/putih, kari tetel, serawa durian, bubur caca dan putri salad durian selesai dimasak dalam tempoh yang ditetapkan. Hah! teror ke tak teror ni?? Macam biasa adik-adik sepupu ku yang cantik-cantik, lawa-lawa dan comel-comel ni datang waktu aku dan Cik Wok sudah nak siap masak. Kalau depa-depa ni tolong pun touch-up2 and finishing jer.... (ops! adalah tolong pegang senduk tu sikit dan buat air) masing-masing sibuk dengan urusan anak dan suami, aku faham masaalah dia orang, sajer jer aku nak mengusik dia orang tu.... Aku memang sayang adik-adik sepupuku semuanya sekali. Aku ni anak bongsu memang tak ada adik, dia orang pulak anggap aku macam kakak dia orang sendiri. Segala masaalah, keriangan dan kesedihan mereka kongsi bersama. Rasanya akulah tempat mereka berkongsi dan meluahkan segala yang terbuku dihati, kami rapat sedari kecil walaupun berlain ibu dan bapa. Aku pun begitu juga mereka tempat aku mencurah rasa.... :) bak kata pepatah tu 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing' lebih kurang begitulah gamaknya. Apa-apa topik pun mereka ni kira ok jer... boleh masuk dan brutal !! itulah keistimewaan kami. Terlanjur aku dah bercerita tentang mereka ni ada satu cerita yang menarik yang terjadi untuk dikongsikan sebenarnya. Ianya agak sensitive tapi untuk memudahkan biarlah dipendekkan. Ianya berpunca dari 'SIKAP' or dalam bahasa Inggeris "ATTITUDE'

Bila aku kata 'boleh masuk' dan 'brutal' atau lebih tepat lagi tahan lasak lebih sesuai. Alkisahnya... seorang hamba Allah telah menyatakan tentang kebaikkan FB kepada kami, dan secara tak menurutnya tempat orang menghentam dan menyindir yang mana ianya boleh mengaibkan seseorang yang mana orang satu dunia akan tahu akan apa yang diperkatakan!! betul ker? Sebenarnya orang yang bercakap ini sendiri tidak ada pun akaun FB, macammana dia tahu semua ini? Sebenarnya aku sudah pun memaklumkan tentang FB sedikit sebanyak kepadanya dulu, bahawasanya hanya kawan yang add kita sahaja yang boleh lihat setiap post kita, itupun sekiranya dia 'klik' pada post apa yang orang lain komen pada post tersebut, tapi mungkin dia tak ingat, maklumlah orang dah berusia (aku pun berusia aku akui, tapi hamba itu lebih berusia dari aku) dan mungkin hanya mendengar dari satu pihak sahaja maka infomasinya agak terhad. Tujuan dia adalah untuk mengingatkan kami-kami ini orang-orang yang berFB's supaya tidak bersikap yang sedemikian. Pesanannya dan nasihatnya kami hargai dan kami hormati, tiada seorang pun dari kami yang bersuara... semuanya diam mendengar walaupun ada yang bangun dari tempat duduk dan meninggalkan tempat ada juga yang kebingungan dan melopong dengan kenyataannya. Kerana diwajahnya tergambar rasa tidak puas hati dan cuba meluahkan perasaan yang meluap-luap. Kami yang tinggal diam bisu mendengar, maklumlah hormatkan orang yang lebih tuakan? Tetapi rupa-rupanya dalam diam masing-masing menyimpan perasaan tidak puas hati dan kaget yang teramat, kerana issue yang dibawa itu sebenarnya sudah pun berlalu berbulan-bulan dan yang mana kami sudah pun melupakan! Dan malah ada hamba Allah yang berFB's ada yang tidak tahu-menahu turut bertanya, dari tak tahu sudah jadi tahu.... tak ke haru tu...! Tetapi apabila kisah yang silam diceritakan atau diimbaskan kembali atau disebut semula seolah-olah membangkitkan lagi sejarah silam dan menjelaskan kedudukan perkara tujuan kononnya, menjadikan ianya kembali mekar dan menimbulkan perasaan yang sudah lama bersemadi kembali segar..... siapakah yang bermasaalah disini.... Tidak boleh memaafkan dan melupakan, tidak rela atau redha dengan kejadian silam.... wah macam ustazah pula aku jadinya. Maka moral of the story is.... what ever pass is passed, everybody make mistakes. But if you like to bring it up again.... that will be your problem and you did a mistake sudah, kami sepupu dan sepapat ni sungguh sedih dengan kenyataanya, tapi diantara kami memujuk dan mengharapkan ianya tidak berlanjutan dan mereka sedar siapa kami yang mereka perkatakan, kami masih tetap kami yang punya prinsip yang boleh dibanggakan walaupun sedikit brutal, tetapi menarik dan sopan.... dan yang penting kami menerima setiap teguran dan belajar dari teguran demi menjadikan kami yang terbaik sebagai hamba Allah demi sebuah silatulrahim.... insaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan