Isnin, Ogos 01, 2011

Lumut oh Lumut....

Kepulangan abang kali ini adalah untuk pemeriksaan Doktor. Aku dan Amin sungguh bersyukur kerana dia mendapat keizinan pihak pengurusan di Lumut untuk berjumpa dengan Doctor yang merawatnya di HAT, Kuala Lumpur. Akhirnya kami sepakat supaya Amin bersamanya pada hari Jumaat 29.07.2011 ke HAT dan aku menguruskan Hani dan Dania. Keputusan pemeriksaan MRI (Magnatic Resonance Imaging) menyatakan 'slap tear' dibahunya dan Doctor telah pun memberikan tarikh pembedahan pada 8.9.2011 iaitu seminggu selepas Hari Raya. Ianya kami terima dengan tenang, memandangkan ianya perlu dan demi kebaikkan dan kesihatannya. Walaupun dia hanya dibenarkan bercuti sehingga 30.7.2011 ianya cukup memadai memandangkan dia sempat untuk melakukan beberapa perkara yang perlu untuk diuruskan sebelum pulang semula ke Lumut sebelum jam 11.00 malam. Dengan izin Allah kekalahan Dania sebenarnya punya hikmah tersendiri, kerana ianya memberikan aku kesempatan untuk turut menghantarnya ke Lumut. Aku tinggalkan dewan setelah ibubapa dan peserta makan tenghari, kerana sebagai warga kerja persatuan STC, aku terlibat dalam menguruskan makanan untuk mereka. Aku tinggalkan pesanan untuk Yanti menguruskan baki makanan. Namun Hani tidak dapat turut serta memandangkan dia terlibat untuk menguruskan 29 peserta dari STC. Dan sebagai senior belt dia dikehendaki membantu kelancaran semua peserta yang terlibat dengan pertandingan. Sir Ari memerlukan perhadirannya di sana dan aku yakin untuk meninggalkannya apabila Nantini sedia untuk menemankan dia bermalam di rumah sementara ketiadaan kami memandangkan kami akan sampai awal pagi esok di rumah dari Lumut. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur bermula sekitar 12.30 tengahari, atas permintaan Abang untuk pulang ke Teluk Intan kami turuti untuk menziarah 'Embah'. Sampai di Teluk Intan jam 4.30petang beristirehat dan membersihkan diri, kami bergerak ke Lumut selepas singgah di The Store. Kami sempat singgah di Lekir, untuk menziarah teman sepejabat Amin yang baru berpencen dan dilapurkan kurang sihat kerana kencing manis dalam perjalanan kami ke Lumut. Kejutan buat pasangan Fakuradzi dan Kak Yati...... kami berpelukan ketika berjumpa! Setengah jam berada di Lekir dan menuju ke TLDM Lumut, mahu si abang untuk sampai ke kem jam 10.00 malam ! Waktu yang agak selesa kami sampai dengan beberapa procedure pas lawatan buat pertama kalinya aku dan Amin berada di kem TLDM Lumut..... wow... hebatnya kem ni... "hati ku berbisik" Shafiq menunjuk arah ke lokasi penginapannya, Pegawai bertugas memberikan keizinan untuk kami memasuki kawasan..... suasana sekitar agak sunyi dan hening. Disinilah anak-anak kita menuntut ilmu untuk menjadi Pegawai anggota TLDM. InsaAllah.... berkat doa dan usaha gigih mereka ini akan cemerlang dan berjaya..... bukan sahaja untuk diri mereka, malah mereka ini juga insan yang terlibat dalam pertahanan untuk negara. Satu tugas yang penting dan menjadi mandat! Kami tinggalkan Shafiq dengan pesanan, aku rasa dia sudah pun menghafal apa pesanan kami setiap kali kami berjumpa....... hahahaha..... macam-macam perasaan sebenarnya bermain di lubuk hati, namun ianya satu pengorbanan buat kami.... bukan mudah untuk melepaskan anak dalam apa juga situasi, namun ianya perlu dan demi kebaikan. Setiap ibu bapa akan merasakan perasaan yang sama. Hanya tawakkal dan doa yang dapat membantu gelojak perasaan..... Kami tinggalkan Shafiq dengan keyakinan, dia mampu melakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik..... InsaAllah..... itulah doa yang ku pohon disetiap sujud ku......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan