Isnin, Mei 30, 2011

The War Dance

Bergambar bersama putera ku, Shafiq sebelum dia membuat persembahannya....


Bersama beberapa orang penuntut selepas persembahan War Dance mereka....


Sambutan hari belia disambut pada 28 & 29 Mei 2011 di Putra Jaya. Majlis berlangsung meriah dengan penyertaan yang ramai dari kalangan belia pelbagai kaum dan sektor pendidikan dan pekerjaan yang turut terlibat. Shafiq bersama teman-teman seangkatannya dari UPNM turut sama meraikan sebagai belia negara. Menariknya mereka turut sama membuat persembahan bagi mewakili pihak belia UPNM dengan persembahan War Dance. Persembahan yang membakar semangat juang anak bangsa membela ibu pertiwi tercinta, mendengar bait-bait ayat yang dilaungkan begitu bersemangat para belia bagi menentang musuh negara.... persembahan yang hebat dari siswa UPNM.


Apabila dimaklumkan tentang penglibatannya pada sambutan itu, kami mengambil kesempatan untuk menyaksikan sendiri persembahannya. Kesempatan waktu yang senggang pada hari Ahad itu, kami luangkan untuk bertemunya di tapak sambutan dan menyaksikan persembahan unik anakku bersama rakan sekuliah dari Batelion Jebat, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sorakkan dan tepukan gemuruh apabila sebilangan penuntut yang seramai 120 orang ini membuat persembahan. Mereka ini merupakan belia negara yang bakal mewarnai negara kita dibarisan hadapan pertahanan negara.... InsaAllah.... semuga doa kami para ibu bapa menjadi nyata bersama keiklasan, kemurnian, kesungguhan dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini.
Persembahan War Dance yang dipersembahkan oleh penuntut UPNM, Batelion Jebat 2009....(usaha sedang dijalankan untuk menguploadkan video war dance..... :) )


InsaAllah dapat dikongsikan bersama kemudian nanti.....


Pengalaman pertama gadis ku....



Pertandingan Teakwando peringkat daerah (MSSD) telah dijadualkan pada 28.05.2011. Dania telah dicalunkan untuk menjadi salah seorang peserta oleh Master Ari. Bermula dari saat itu dia giat dengan latihan demi latihan. Dalam seminggu Dania dikehendaki menghadirikan diri untuk latihan sebanyak 3 kali untuk 'sparing' dan sekali untuk sylibus biasa. Dia memang kelihatan agak letih dan berat bandannya yang pada awal 36 kilo turun kepada 33 kilo. Walau bagaimanapun dia tidak pernah merungut. Dan ketika latihan bila ditegur atau dimarah dia juga tidak pernah mengadu atau berundur dari penyertaannya. Kagum dengan semangatnya yang ingin memiliki pingat dan mengharumkan nama sekolahnya. Kami menyokong setiap langkahnya, dan tidak putus memberikan dia semangat untuk meneruskan latihan biarpun terkadang waktu agak berkejar apabila latihan pada malam Rabu waktu sekolah.

Tiba hari yang ditetapkan, Dania melangkah ke gelanggang dengan selamba, di wajahnya tiada kelihatan gentar namun aku rasa dia juga gemuruh lebih-lebih inilah pertama kali dia terlibat dengan pertandingan yang ramai penyertaannya. Melihat pada penyertaan sudah cukup cemas rasanya. Berhadapan dengan lawan dia kurang memberikan serangan, dia lebih kepada menuggu dan mengelak dari serangan lawan. Pengalaman pertama yang aku kira bakal memberikan dia pengajaran untuk mendalami sukan teakwando. Dan keputusannya dia tewas dengan pihak lawan. Namun kami berbangga kerana dia sudah tidak 'cenggeng' kerana tiada lagi tangisan selepas serangan seperti peringkat awal perlawanannya dahulu. Komen yang kami beri tentang kesilapannya juga didengari dan kami terus memberikan dia sokongan dan tips untuk mendapatkan point ketika digelanggang. Semuga Dania akan belajar dari kesilapannya dan lebih berjaya dimasa akan datang.

Isnin, Mei 09, 2011

Bersama warkah rindu untuk ayanda dan bonda...

Hari ibu jatuh pada 8hb May 2011 (Ahad). Seperti biasanya banyak ucapan yang diterima dari email, fb juga sms. Tak kurang juga yang menalipon semata-mata untuk mengucapkan ucapan yang indah untuk insan bergelar ibu. Leka di fb hari Sabtu sebelum pulang ke rumah, tiba-tiba terlihat post gambar lama kenangan sambutan hari raya 2004 Massupi! mata ku tertumpu pada 3 wajah yang telah bergelar almarhum dan almarhummah! Ibu ku Hajjah Noriah, Pakcik Ku Haji Khailani dan Makcik ku Saeyah. Lantas ku sedekahkan mereka Alfatiha..... semuga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.....


Melihat photo arwah Mak, hati ku sayu..... kerana bermula dari situ dia terus tinggal bersama ku. Kenangan disaat-saat terakhirnya amat berharga, setiap detik bersamanya menjadi memori di sudut hati kami sekeluarga. Aku bersyukur kerana sempat mencurahkan sepenuh bakti ku kepadanya, merawatnya sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya dan aku bersama menyaksikan setiap nafas dan nadinya berdenyut di saat Malaikat yang ditugaskan memisahkan roh dan jasadnya menjemputnya....

As salamualaikum Mak & Bapa.....

Lama rasanya Na tak menulis untuk Mak & Bapa..... yang seingat Na masa Na baru kerja (tahun 1983) dan masa rumah kita masih belum ada talipon lagi, setiap 2 minggu Na tulis surat untuk Mak & Bapakan? Tapi bila rumah kita dah ada talipon Na dah tak pernah tulis surat lagi, tapi Na selalu talipon aje kan?

Mak....Kelmarin Na tengok gambar Mak masa sambutan Hari Keluarga Massupi 2004. Na memang tak ada gambar tu, Norain yang ada dan dia baru post kat fb..... setelah sekian lama dia simpan gambar Mak tu baru dia nak kongsi dengan kami. Rindunya Na pada Mak ! Mak tau tak? Kat situ ada gambar arwah Paman Nani dengan Cik Saeyah sekali..... agaknya masa Na tulis surat untuk Mak dan Bapa ni, kalian sudah pun berkumpulkan? Na harap macam tu la Mak.... sebab Na tau amalan Mak dengan adik-adik Mak semuanya bagus.... Tuhan pasti satukan kaliankan?

Mak....Mak tau tak anak-anak buah Mak semuanya sedih bila kami dapat tengok balik gambar Mak dengan adik-adik Mak tu...... Dia orang semua sedekahkan Mak dengan adik-adik Mak Alfatiha.... dan doakan Mak dan adik-adik Mak..... kami rindu saat-saat Mak dan adik-adik Mak masih wujud di dunia ini....

Mak......Kebetulan Hari Ibu, ramai yang bagi Ibu dia orang hadiah dan ucapkan Selamat Hari Ibu, tapi Na dah tak dapat nak ucapkan Mak Selamat Hari Ibu lagi, hadiah pun Na tak dapat beri Mak.... apa yang dapat Na beri hanyalah bacaan yasin dan alfatiha untuk Mak ya..... Mak terima kan? Tiap kali Na lalu didepan kubur Mak dan Bapa, Na bagi salam dan bacakan Mak dan Bapa Alfatiha..... Tapi ada kadang kalanya Na terlupa, Mak jangan marah ya Mak.... Na tetap sedekahkan Mak tak kira masa dan dimana Na berada.......

Mak.....Mak tau tak bukan Na sorang yang dah tak ada Mak, ada ramai lagi orang yang sudah kehilangan Ibu, sama macam Na. Tapi kami redha sebab Mak pergi kerana sayang Allah lebih dari sayang kami..... cuma apa yang Na pesankan pada mereka yang masih punya Ibu, supaya sayangilah dan berikanlah apa yang termampu untuk Ibu kita selagi hayatnya dikandung badan.Sebab bila Mak kita dah tak ada, kita macam hilang tempat mengadukan Mak? Walaupun kita ada keluarga tapi kita tetap hendakkan Mak jugakan Mak? Itulah yang Na rasa, tapi tak taulah kalau orang lain?

Mak...Mak tau kan Na dah jarang ziarah kubur Mak dan Bapakan? Kalau dulu Na selalu bawa anak-anak Na pergi ziarah kubur Mak dan Bapa, tapi sekarang payah sikit la Mak.... bukan Na tak rindu nak jumpa Mak dan Bapa tapi Na tak sempat, masa Na terhad Mak.... lagi pun Amin tak bagi Na pergi kubur sendiri lagi.... dia suruh Na bawa anak-anak. Tapi anak-anak pun dah sibuk, Shafiq dah kat Universiti, kalau balik pun sekejap jer, Hani nak periksa tahun ni, hari Sabtu dan Ahad dia ada kelas, Dania pun sama juga hari Sabtu dan Ahad dia ada kelas. Tapi takpa lah Mak insaAllah kalau ada rezeki Na nanti Na akan tetap ziarah Mak dan Bapa ya..... Na dapat tengok batu nesan Mak dan Bapa pun jadilah..... hilang rasa rindu Na ni...... Mak dan Bapa dengarkan tiap kali Na datang Na bagi salam pada Mak dan Bapa? cuma Na jer yang tak dengar kalau Mak dan Bapa sambut salam Na tu..... itulah kekuasaan Allah, tapi kadang-kadang Na memang minta Na jumpa Mak dan Bapa dalam mimpi Na..... dan Allah perkenankan..... masa tu Na bersyukur sangat sebab masih dapat jumpa dan tengok Mak dan Bapa, cantik, manis dan bersih jer..... Mak tau tak Na jarang cerita kat orang pasal mimpi Na jumpa Mak dan Bapa, biar Na jer la yang tau...... Mak dan Bapa nampak tak kadang-kadang Na berhenti di depan kubur sebelum Na pergi kerja? Kalau Na sempat memang Na suka Na berhenti dan sedekah Mak dan Bapa Alfatiha..... tapi kalau tak sempat Na tak dapat berhenti.... Na harap Mak dan Bapa faham keadaan Na ya......

Mak..... Bapa.....Na beruntung dapat Mak dan Bapa yang faham keadaan anak-anak..... Na tak tau macammana nak Na lahirkan lagi kat surat Na ni...... tapi yang jelas Mak dan Bapa banyak sangat berkorban untuk kami.... tak dapat nak kami balas jasa Mak dan Bapa pada kami...... Mak dan Bapa pasti gembira bila tau cucu-cucu Mak dan Bapa dah membesar...... Shafiq kebanggaan dan kesayangan Bapa dah mula dewasa Pak..... mudah-mudahan dia masih ingat segala kenangan masa dibawah jagaan Datuk dan Nenek dulu...... Hani pun sudah remaja, hilang comelnya dia kurus tinggi sekarang..... Dania pun dah mula membesar. Dalam ramai-ramai cucu, Dania yang tak berapa Bapa kenal, sebab 12 hari selepas sambutan ulang tahun Dania yang pertama, Bapa dijemput Allah untuk menemuainya. Tapi Na ingat lagi Dania sempat suapkan kek kemulut Datuk masa tu kan? Bapa ingat lagi tak? Na ingat Bapa cuba nak dukung Dania tapi Bapa dah tak larat.... lepas tu Na letak Dania atas perut Bapa..... Bapa senyum bila tengok Dania melompat sambil air liur dia jatuh kat perut Bapa kan? Tapi Dania rapat dengan arwah Mak.... 2 tahun terakhir Mak banyak bersama dengan Dania.... Mak manja Dania lebih dari cucu lain, kami tak boleh marah Dania, siapa yang buat Dania nangis mesti kena marah nenek! Bila nenek dah tak ada, Dania selalu masuk bilik nenek main atas katil nenek.... Dania jugalah yang jadi nurse nenek, sebab dia tau ubat mana yang nenek kena makan dan berapa jumlah ubat yang patut nenek ambik. Mak tau tak..... pemergian Mak sangat dirasai oleh Dania...... Dia betul-betul rindu kat nenek katanya...... Mak ingat tak? Mak lah yang tunggu Dania balik dari sekolah tadika kat buaian depan rumah yang Amin buat, tapi kadang-kadang Mak tunggu Dania kat wakaf sambil tengok ikan-ikan berenang kat kolam tepi wakaf tu....ingat tak Mak?

Mak... Bapa....Rasanya banyak yang nak Na tuliskan di surat ini, tapi rasanya Na tak larat lagi nak menyeka air mata Na ni..... tisu pun dah berhelai-helai yang basah..... tapi Na puas hati sebab sekurang-kurangnya Na dapat lepaskan rasa rindu Na pada kalian berdua selama ini.

Mak.... Bapa....Na mohon maaf seandainya selama hayat Mak dan Bapa bersama kami Na, Amin dan anak-anak berbuat salah dan menyinggung hati dan perasaan Mak dan Bapa. Na tau Mak dan Bapa tak pernah menyimpan hati dengan kami, tapi sebagai insan yang bergelar anak, Na tahu banyak salah Na pada Mak dan Bapa..... maafkan kami Mak... Bapa.....

Mak.... Bapa....Dah banyak yang Na tulis untuk tatapan kalian, Na mohon berundur dan insaAllah segala apa yang Na tuliskan ini menjadi pengubat rindu kita..... Doa Na, semuga roh kalian sentiasa dalam kesejahteraan dan keredhaan Allah dan kalian berdua ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan soleha di syurga Firdausi Allah...... InsaAllah......

Waalaikum salam.....

Salam sayang, salam rindu dari




Anakda Sunaina