Isnin, Mac 11, 2013

Bandung oh Bandung....

Pertama kali menjejakkan kaki ke negara jiran, Indonesia  Pesawat Airasia berlepas jam 3.45ptg dan mendarat jam 5.45ptg waktu Malaysia pada tanggal 28 Februari 2013. Bandung negeri ke 3 terbesar di Indonesia, sejarah negeri ini pernah dijajah oleh Belanda.  Perbezaan waktu awal 1jam berbanding waktu di Malaysia.  Bersama 2 orang teman wanita ku, Norhawa dan Sorena, kami berangkat ke Bandung untuk selama 4 hari 3 malam.  Anak-anak dan suami tidak bersama..... InsaAllah bagi Mama dulu yang explore Bandung, kalau keadaan mengizinkan kita akan pergi sekeluarga. 
Diterbangkan dengan pesawat Airasia KL - Bandung.....
Hari pertama di Bandung, kami ke Paskal Hyper Square dengan berjalan kaki.  Berpandukan maklumat yang kami perolehi dari kakitangan Hotel, kami menapak ke Paskal untuk menikmati pelbagai juadah masakan Indonesia yang telah aku goggle lebih awal di internet.  Masakan yang ingin sekali aku nikmati ialah, Mee Kocok, Tauhu Semedang, Batagor, Putu Pisang dan Bakso.  Di sini kami sempat menikmati Batagor, Putu Pisang dan Bakso, makanan mereka agak berlainan sedikit dibandingkan dengan masakan Malaysia. Khususnya Bakso.  Selesai makan kami pulang dengan berjalan kaki dan dengan ihsan seorang bapak dan ibu, kami ditumpangi hingga ke Hotel.  Di negeri jiran ini, ada juga orang yang mahu menumpangi kami warga asing aka pelancung..... ucapan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada Ibu Puspa dan Bapak ...... (aduh tidak ingat nama bapak ini... maaf3x) Pasangan yang berhati mulia dan lemah-lembut bila berbicara....:)  Kami bertukar-tukar infomasi tentang pembangunan dan kehebatan negara masing-masing.  Sampai di Hotel kami berSPA di bilik.... aku sampai terlena kesenangan...manja-manja diri Buk ya....
Pemandangan di Paskal Hyper Square malam hari...
Selesai menjamu Bakso, Putu Pisang dan Batagor di Paskal Hyper Square...
Pemandangan di Paskal....
Hari kedua, kami berjalan dengan kereta sewa dan supir ke TransStudio, Factory outlet (Summit dan Rumah Mode), disini buah tangan seluar dan baju yang berjenama sempat aku belikan untuk anak-anak dan suami dan Terminal Tas di Jalan Riau aku hanya mencuci mata. Makan tengahari di Restuarant Sunda yang terkenal di kota Bandung, Restaurant Sangkuriang.  Menyajikan masakan asli Sunda..... kalau dah lapar semuanya sedapkan?  kos makan tenghari untuk 4 orang 300,300.00 IDR not bad kan?  Aku agak keliru dengan convert money di Bandung, maklumlah tiba-tiba aku jadi jutawan!!! Wang main ribuan dan jutaan, pusing kepala ku...hahahahaha aku jadi benggong sebentar.....:) Selesai makan tengahari kami putar-putar di Jalan Chihampelas untuk mencari sourvinier pula.  Baju T dan beg menjadi perhatian kami.  Pesanan kepada pelancung yang ingin melawat Bandung, berhati-hati kerana anda akan sentiasa diekori oleh penjual-penjual jalanan yang tidak akan berputus asa untuk membuat anda membeli, anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru ketika membeli kerana harga yang ditawarkan jauh lebih mahal...!  Juga berhati-hati dengan pengimis jalanan yang ramai dan tiba-tiba berada disisi anda.... aku beberapa kali kaget dengan bisikan mereka yang merayu-rayu 'Buk... rezekinya Buk... Buk kasihani saya Buk...'  mereka pandai mencari sasaran dan mengenali sama ada anda pelancung atau bukan. Saya serahkan kepada anda untuk menilai sendiri akan situasi ini bila anda berada di Bandung nanti.  Kami sempat mampir di tempat jajanan ole-ole makanan seperti kerepek dan pisang salai di penghujung jalan Chihampelas.  Pelbagai jenis kerepek dijual disini dengan pelbagai perisa.  Terpulang kepada anda sama ada ingin membeli atau tidak.... disini saya hanya membeli kacang gajus goreng dan kuih wijen.  KartikaSari merupakan destinasi perjalanan akhir kami di hari ke dua.  Dipintu masuk KartikaSari kami membeli Tauhu Semedang yang terkenal di Bandung.  Rupa Tauhu yang seakan-akan Tauhu Goreng di sini tetapi punya rasa masin dan lemak, digoreng dan dimakan bersama cili padi.  Makanan ini menjadi kudap-kudapan masyarakat Bandung.  Malamnya kami dibawa makan malam Nasi Kalong, sejenis masakan istimewa sunda yang dimasak dengan menggunakan beras hitam, pertama kali makan agak pelik juga, tapi rasanya cukup sekadar merasa dan makan ala kadarnya dan menikmati kelainan makanan sundanese ini.  Nasi kalong dimakan bersama daging dendeng, udang goreng, sambal dan sayur..... (silakan mencuba andai anda ke Bandung...:)

Hari ke2 di Trans Studio Mall...
Trans Studio Mall, Bandung..
Bakso dari Coffee House, Carcadine Hotel, Bandung...
Nasi Kalong bersama udang goreng, daging dendeng dan sayur...
Menikmati hidangan makan siang di Restoran Sangkuriang yang terkenal di Kota Bandung dengan masakan Sunda.....
Pemandangan di Jalan Chihampelas, Bandung...
Sempat singgah di factory outlet, Terminal Tas.  Dimana Lija dan Nor borong hampir 6-7 tas tangan...!!! OMG.... perempuan2...hahahahahaha (Iam not buying any.... wonderkan? )

Hari ketiga merupakan hari yang kami tunggu.... awal pagi aku sudah dikejutkan dengan rasa mual yang membuak-buak.  Aku muntah dan muntah.... mungkin makanan malam tadi menjadi punca.... Tauhu Semedang !!!! aku pasti kerana cili padi dan hawkers food yang kurang hygenic.  Aku alah dengan makanan sedemikian.... huhuhuhuhu... anyway, rancangan harus diteruskan tanpa berlengah... dengan bersarapan oats 3 in 1 kami ke Pasar Baru dengan 'Angkot' menjadi tetamu terawal di sana.... dan membeli sepertimana yang sudah di rancang.  Aku lemas dengan asap rokok yang terlalu di sana, majoriti para Adam mereka kuat merokok, bila ditanyai 'Adik di mana 'kawasan larangan merokok disini?' jawapan mereka 'Ngak ada Buk...!' Wahhhh.... kasihan banget pada kanak-kanak dan Ibu-ibu yang terpaksa menghidu asap rokok Bapak-bapak yang rata-rata suka ngrokok ini.  Tips untuk bakal pengunjung sila sediakan 'Mask' supaya anda tidak terhidu asap rokok yang terlalu tebal disini. Kami sempat singgah makan di tingkat 6 food court mereka.  Menu pilihan tenghari adalah, Nasi ayam penyet dan Nasi ayam Tilawak, walaupun enak... namun perut ku sudah tidak boleh menerima makanan ini.  Di sini aku sudah lemas sekali, muka aku sudah pucat dan aku kepingin muntah lagi..... tolongggg la..... siap berbelanja kain telekong, kain sulam dan jubah kami segera pulang.  Norhawa dan Sorena bimbang dengan keadaan ku yang sudah layu..... di perjalanan kami sempat singgah di Rumah Tas yang lebih menarik dari Terminal Tas di Jalan Dago.  Sesampai di Hotel aku meluru ke Tandas dan menghamburkan semua isi perut ku, segala nasi Tilawak and jus durian belanda ku habis keluar.. sehingga Sorena masuk ke tandas untuk membantu aku yang lemah di situ.... thank you Sorena.....:)  Kami beristirehat di bilik, solat dan terlelap sebentar.... bila agak lega kami keluar semula ke Pasar Baru..... shopping lagi...... :) buah salak, jambu batu merah menjadi santapan kami petang itu sambil bejalan.  Norhawa dan Sorena sibuk shopping kain tudung..... balik ke hotel kami naik beca.... wahhh seronok betul... :)  Malam aku layu lagi.... langsung tak larat nak makan.... teman-teman merancang untuk order makanan hotel sajer.... aku tidur dari solat maghrib hingga makanan yang dipesan sampai, tapi tak berdaya nak menjamahnya..... kerana rasa mualku yang tidak hilang-hilang.  Kali kedua berSPA dibilik untuk melega segala pegal di badan.  Lawatan kami ke Bandung agak kerugian bila mana Tangkuban Perahu ditutup sudah lebih seminggu kerana kawah gunung berapinya mulai aktif kembali.
'Angkot' yang kami naiki untuk ke Pasar Baru...

Pemandangan di sekitar Pekan Bandung yang Sibuk.  Ketika ini mereka sedang sibuk dengan perarakan ketika kami pulang ke Hotel...
Pemandangan hadapan Pasar Baru di awal pagi.... kami merupakan pelanggan yang terawal di pagi itu...
Ketika ini aku sudah hilang daya.... rasa mual dan pening kepala..... (muka pun dah naik pucat) mungkin kerana keracunan makanan....
Pilihan yang cantik dan menarik di salah satu butik yang menjual pelbagai kain.... 
Kami singgah makan siang di bazar makan di Pasar Baru... Ayam penyet dan ayam tilawak merupakan menu siang kami.... tapi sayang aku tidak berdaya untuk makan... nasi terbazir begitu sahaja...... 

Warung di Bazar Pasar Baru.....

Hari keempat... siap semua sudah dipacking, kami bangun agak awal.... kerinduan menerjah dikalbu pada anak-anak, suami dan tanah air ku.... wahh baru 4 hari aku berpergian, tapi bukan main kagen sekali pada mereka.   Norhawa tidak putus-putus bercerita tentang keenakan nasi lemak dan roti canai di Malaysia...... hahahaha  Sesungguhnya lawatan kami sungguh bermakna, di sini aku melihat penghidupan sebenar yang singkat masyarakat di kota Bandung.  Aku bersyukur kerana aku anak Malaysia.....Alhamdulillah.  Perjalanan pulang kami lancar dari Hotel dengan dihantari oleh Pak Agus ke airport, imigrasi dan penerbangan pulang bersama pesawat Airasia sungguh menyenangkan..... Alhamdulilllah.... pengalaman pertama ku di Paris Van Java kepada kakitangan Hotel Carrcadin, Bandung penginapan kami di sana sungguh menyenangkan dengan layanan mesra kalian..... Terima kasih...:)  Andai diizinkan Allah, aku bakal kembali dengan tujuan bisnis pula...... InsaAllah...

Bersama front officer's of Carrcadine Hotel, Bandung sebelum kami pulang meninggalkan Bandung....

Selamat tinggal Paris Van Java.......permisi dan terima kasih Bandung...

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam