Rabu, April 17, 2013

Nasihat untuk Permata Hati....

Kesuntukan masa membuatkan aku lupa untuk menulis di sini.... sejak kepulangan ku dari Bandung.... banyak Cooking class yang aku hadiri.  Tidak terhad di Bagus, aku turut mengikuti kursus dibawah kelolaan Kolej Komuniti dan 2Ply.  Kursus yang menarik dan sesuai dengan waktu yang terluang khususnya di hujung minggu.  Maklum sejak salah seorang rakan sekerja aku berhenti, aku telah diminta untuk mengambil alih tugas beliau sehingga Syarikat mendapat pengganti yang baru.  Kepercayaan yang agak berat, namun ianya harus diterima dan aku mencuba sebaik mungkin untuk mengerjakan apa yang seharusnya dilaksanakan demi sebuah tanggungjawab.  Alhamdulillah..... sejauh ini segalanya berjalan lancar, syukur aku kehadrat yang Maha Esa.... bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan di situ ada jalan....." ini harus kita percaya :) kerana keyakinan juga membuatkan setiap usaha yang kita lakukan itu berjaya.... dengan syarat ianya merupakan sesuatu yang baik dan bukan menjadi kemurkaan Allah..... :)
Anak-anak pula dengan pelbagai halnya..... kalau ada 10 orang anak, maka 10 lah halnya..... Tetapi oleh kerana aku hanya punya 3 orang permata hati yang Allah kurniakan maka aku terima setiap pemberian itu dengan seadanya.   Berdustalah aku andai aku katakan anak-anak ku tiada halnya..... atau perkara yang memeningkan kepala.... hanya janganlah kita menganggap itu sebagai 1 musibah atau bencana, terimalah seadanya.... redha dengan setiap apa yang Allah perkenankan dan berusaha dan memohonlah kepada yang maha Esa bahawa setiap dugaan itu datang dengan kebesaran hikmah disebalik kejadian Allah.  Percaya bahawa tiada yang boleh menolak kekuasaan Allah yang maha Esa... Pencipta sekian Alam Semesta ini.  Setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan setiap yang buruk itu adalah kesilapan kita sendiri.....
Aku tidak pandai dalam ilmu ugama maupun pelajaran, namun apa yang pelajari adalah dari bahan bacaan yang tidak seberapa, pengalaman semasa, pendengaran dari media dan perkongsian sesama para sahabat menjadikan aku berfikir tentang kehidupan, kemanusiaan, dan beberapa perkara yang boleh dijadikan bahan untuk dibincang dan difikirkan.  Akal, fikiran, hati dan perasaan itu adalah kurniaan Allah yang amat hebat.... gunakan segala ciptaan Allah ini untuk kebaikan dan kemajuan diri, keluarga, kerjaya, ugama juga negara dan apa jua yang boleh kita fikirkan baik..... Andai cita-cita aku besar, ingin menjadi pemimpin... tapi cita-cita ku sudah cukup sebagai seorang Ibu juga Isteri yang dapat membangunkan dan menjayakan anak-anak keluarga ku sendiri.....  Cukup untuk melihat setiap permata hatiku berjaya, cemerlang, berdikari dan mendiri tanpa mempergunakan orang lain didalam setiap kejayaan yang mereka raih.  Berusaha sendiri dan berdiri dengan kekuatan diri sendiri..... Aku sering berpesan kepada anak-anak ku "Tiada kejayaan tanpa kegagalan.... tiada kemenangan tanpa kekalahan....dan setiap kedukaan pasti akan berakhir dengan kesukaan...."  Walau sesukar mana perjalanan hidup ini, ianya harus diteruskan.... kejayaan kita bukan bergantung kepada orang lain, tetapi sebaliknya adalah atas usaha kita sendiri...... Yakin dan percaya itu penting..... Orang boleh berkata apa saja tentang kita.... let them talk or let them think..... yang penting kesenangan yang kita kecapi bukan dengan hasil titik peluh orang lain atau mempergunakan orang lain untuk berjaya atau mengecapi kesenangan dengan cara mudah.... Berusahalah untuk berjaya dengan jalan yang diredhai Allah.... semuga kesejahteraan dan keberkataan Allah menjadikan kita hamba-hamba yang soleh dan soleha wahai permata hati ku..... InsyaAllah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan