Ahad, Jun 02, 2013

Redang o Redang...

Lawatan ke Pulau Redang selama 3 hari 2 malam tidak dapat ditolak, teringatkan akan keindahan terumbu karang dasar lautnya menarik keinginan saya untuk tidak ketinggalan.  Tanggal 9 May malam aku bersama teman-teman KKIOI  bertolak ke Kuala Trengganu, dan tiba di Jeti Shah Bandar selepas solat suboh.  Feri pertama jam 9.30 pagi membawa rombongan kami ke destinasi indah, Pulau Redang.  Perjalanan sejauh 1.30 minit, melihat kebiruan lautan sungguh menakjubkan. Dalam diam aku cemas berada diperut feri dengan pukulan ombak dan deruan enjin feri berbaur dengan suara laut...... begitu aku kagum dengan kebesaran ciptaan Allah ini. Setelah sekian lama aku tidak mengalami pengalaman di lautan, dalam hati ku teringatkan akan anak sulung ku Shafiq..... pengalaman inilah yang dilaluinya selama 6 bulan di kapal dan dilaut semasa latihan industrinya.  Hasrat aku sebenarnya ingin membawanya bersama untuk trip ku kali ini begitu tinggi, namun ianya tidak kesampaian kerana waktu cutinya yang sukar untuk dirancang.
Feri yang membawa kami ke destinasi percutian 3 hari 2 malam..... Pulau Redang.....

Inilah tongkang yang membawa kami ke Pantai......

Terpana aku melihat akan keindahan Pulau Redang..... kebiruan air lautnya begitu mengagumkan.... SubhanaAllah.... sungguh indah..... sejuk mata memandang.... Pulau yang menjadi kebanggaan dan tarikan pelancung ke Pantai Timur khususnya Trengganu.  Kedatangan kami disambut dengan deruan angin laut yang mengucapkan Selamat Datang!  Dari feri kami menaiki boat untuk ke pantai, dan di pantai kami berjalan sedikit ke Redang Holiday yang telah menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam.
 Tractor yang membawa semua beg-beg pelancung..... Harvesack ku di depan dengan driver.....:)
 Pemandangan Redang Holiday selepas subuh...... so cool n nice.... macam di Kampung....:)

Basically, kemudahan di Redang Holiday sangat simple.  Bilik yang kami duduki yang mempunyai 2 biji katil Queen, meja dan bilik air.  Tiada TV, mini bar atau pemanas air.... andai diperlukan kettle atau pemanas air boleh didapati dengan bayaran deposit RM50.00 sampoikan? Makan dan minum juga sangat-sangat simple, apa yang disajikan itulah yang kami makan..... dish memang tak banyak pilihan, menu ringkas.... walau bukan taraf 5 bintang.... tapi boleh diterima tekak...hahahahaha, bagi yang cerewet atau high taste.... ambik kau.... carilah outside food yang memang mahal dan menapak untuk nak cari makan...... sooo Iam lucky Iam not that fussy..... :) Makan kami in time.... teman-teman sebilik aku, Ija, Kogila dan Faridah tak banyak cerewet.... apa jer yang disaji semuanya kami sapu....malah kami lah yang pertama berbaris untuk food.... hebat... memang hebat....Geng Mama RH22, memang terbaik! We share and take care of each other during our stay at Redang. 
Now let me tell about the snorkle session, rental for the goggle and safety jacket RM30.00.  Day 1, weather is a bit rough.... John the Resort Manager has advise us not to go for snorkle! adusss..... rosak program!  ishhh... suddently the Divers guys call us to the boat.... 3 boats is waiting, apa lagi pucuk dicita ulam mendatang.... aku dan Ija yang sudah sedia dengan goggle dan safe jacket, membontut si Divers cum Pemandu Pelancung Resort tu.....  Laut memang agak kasar dengan ombak... rasa takut dah mula terasa, dalam hati tak habis aku beristifar, baca segala ayat yang terlintas di kepala.... serious... inilah pengalaman pertama aku untuk snorkling.... dalam boat kami semua duduk diam..... hampir kesemuanya mencari pengalaman untuk melihat keindahan terumbu dan hidupan laut.  Kalau yang tak pandai berenang tu, bukan aku seorang jer.... yang lain pun ramai rupanya..... aduhai.... kenapa la ramai mamat-mamat ni tak pandai berenang macam aku gak?? Masa ni aku teringatkan Shafiq lagi...... kalaulah si abang ada.... tentu dia yang akan ajar aku berenang..... dia yang akan guide aku.....(my heart says) Its ok...."I have to be independent, and confidence to myself" itulah kata hati ku..... selfmotivation...... :)  Kami sampai ke destinasi pilihan pemandu boat yang dikirakan sesuai untuk permulaan, memang pelik.... airnya tenang, walau pada mulanya maklumbalas yang kami terima mengatakan 'rough weather' mungkin ini rezeki kami....:) Aku turun ke laut perlahan-lahan, dengan safety jacket yang dah dibadan, aku yakin aku mampu untuk berada dipermukaan laut.   Perlahan-lahan aku cuba untuk mengikuti teknik snorkling yang diajarkan dan dengan bantuan 'Diver' aku berjaya melihat ke dasar laut...!!! SubhanaAllah..... aku kagum dengan keindahan hidupan laut yang Allah ciptakan..... dan untuk keesokkan harinya, peluang untuk ke Marine Park tidak aku persiakan...... di sini sekali lagi aku terpana dan terleka dengan ciptaan yang Esa ini.  Di sudut hati rasa begitu kerugian kerana tidak ada kepandaian berenang dan menyelam...:(  Aku sangat bersyukur dengan peluang lawatan kami..... tiada ungkapan yang dapat aku katakan.... aku kagum dan sungguh kagum dengan hidupan yang indah ini.  Bersama 5 orang lagi ahli KKIOI, Diver Redang Holiday membawa kami melihat dan mengajar kami teknik snorkling di persekitaran Merine Park Pulau Redang.... Ikan-ikan jinak makan roti yang kami bawa di tangan, Ikan-ikan berwarna-warni cantik dan menarik dapat kita sentuh dan lihat...... hebat sungguh..... andai anda ke Pulau Redang, jangan lepaskan peluang untuk ke Merine Park..... its was so awesome...!! dan yang terhebat, aku dapat melihat hidupan dasar laut sendiri.... bukan tv, video atau buku!


 Pemandangan dari Pantai, Merine Park, lihat garisan putih? itu adalah kawasan snorkling untuk pelancung... pelancung hanya dibenarkan snorkle didalam kawasan putih... dan pelancung dilarang mengambil sebarang hidupan atau karang....

Yang menjadi penyesalan dan kerugian, detik-detik indah tidak dapat aku rakamkan sendiri kerana lupa untuk menyewa camera kalis air yang terdapat di Resort....:(  Apa yang dapat aku rakamkan hanyalah dari digital camera Olympus ku yang tidak seberapa ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan