Khamis, April 02, 2009

Kejayaan Mu Kejayaan Kami





Tanggal 12.3.2009 - awal pagi kami sekeluarga bersiap agak awal dari biasa.... Hani dan Dania ke sekolah lebih awal, kerana aku, amin (Papa) dan shafiq (Abang) akan ke sekolahnya di Kuala Selangor (SMSKS). Hari ni, keputusan peperiksaan SPM akan keluar. Hati ku sebak tak kala kaki kami melangkah untuk ke kereta bila mana Abang memohon maaf kepada ku sekiranya dia tidak mendapat 8 atau 9'A'. Aku katakan kepadanya bahawa apa pun juga keputusan hari ini kita harus redha dan bersedia untuk menerimanya..... Kami sampai di sekolah awal jam 9.30, tapi 'Jaga/securiti' yang bertugas menyatakan bahawa kebenaran hanya akan diberi untuk masuk ke kawasan sekolah pada jam 11.30pagi. Aduh! degup jantung aku yang awalnya begitu kencang agak reda sedikit. Kami ke pekan Kuala Selangor untuk melayan waktu yang masih panjang di sebuah kedai makan.... Abang ternyata tidak berselera untuk minum apatah lagi untuk makan..... biar dipujuk namun tidak dapat membuka seleranya untuk menjamah sebarang makanan atau minum.... aku akur namun dalam hati ku berasa sungguh simpati juga bimbang....! Saat yang dinantikan telah pun tiba dimana kami telah pun sampai di perkarangan Dewan Prima Sekolah yang gah dengan segala macam acara dijalankan di sana.... Di dewan inilah tempat dimana peperiksaan SPM 2008 diadakan. Debar hati ku takkala aku mengiringi Abang dihari pertama peperiksaan begitu lah juga debar hati aku kini...! Guru-guru telah bersedia di meja kelas masing-masing dan kala itu pengumuman di buat untuk murid-murid yang mendapat 11A, 10 dan 9A.... demi tidak mendengar namanya tidak dipanggil, dia tidak berani untuk ke meja kelas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Melihat akan gelagatnya, Papa terus kepada Abang dan berkata sesuatu untuk memberikan dia sokongan supaya segera untuk mengambil keputusan peperiksaannya... dengan ditemanai oleh Papa dan aku, Abang telah berjumpa dengan Cikgu Elly untuk mengambil apa yang sepatutnya diambil..... Mama....!!! dia mengeluh dan kolam matanya bergenang sedia untuk tumpah.... naluri ku kuat mengatakan bahawa keputusan itu tidak mengembirakan dia.... namun itulah ketentuan yang harus diterima. Kami ambil keputusan itu dari tangannya dan melihat apa yang tertulis..... SuhhanaAllah..... keputusan 6A3B.... kami terpaku sejenak.... apa yang harus kami katakan. Sebenarnya beberapa minggu sebelum keputusan hari ini keluar, semasa aku melawatnya di Kem Geo Kosmo, dia sendiri telah memberitahu ku bahawa dia bermimpi mendapat keputusan 6A bagi peperiksaan SPMnya. Dengan nada yang bergurau aku mengingatkan dia sekiranya benar maka Abang sepatutnya bersedia untuk menerima keputusan itu sekiranya ianya benar. Beberapa hari sebelum ini aku sering berdoa agar apa juga keputusannya berilah kami kelapangan hati dan ketenangan untuk menerimanya..... Alhamdulillah itulah rezeki yang telah diberikan oleh yang maha Esa untuk Abang.... pujuk ku. Dia begitu sedih dengan keputusan yang di tangannya... namun setelah diberikan sedikit nasihat dan kata-kata yang memberikan semangat.... dia agak reda.... sepanjang perjalanan tiada banyak bicara yang keluar dari mulutnya.... Tapi sesungguhnya kami mengakui dan bersyukur atas kejayaan anak ini...... Hidup ini bukan hanya setakat ini saja.... perjalanannya hidupnya masih terlalu panjang.... dihadapan ada banyak lagi kejayaan yang bakal menunggu seandainya Abang terus berusaha..... InsaAllah sebagai IbuBapa doa kami adalah untuk kejayaan anak-anaknya.... Mudah-mudahan keputusan ini membakar semangatnya untuk terus berusaha dan berjaya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan