Selasa, Mei 22, 2012

Team Manager...

Tag dan baju T sebagai Cenderahati untuk kami....

We are the BEST!!! kami BERJAYA............ (tumb-up tuuu.....!)

Tak sangka permintaan Master Ari pada mesyuarat AJK Saujana, bagi perlawanan yang bakal disertai begitu mengejutkan aku.  Harapannya begitu tinggi, untuk aku terima walau pada hakikatnya aku tidak pernah memikul tanggungjawab sebesar demikian.  Team Manager untuk pertandingan Koko Krunch Junior Teakwakdo Tournement pada 20.5.2012 bertempat di Stadium Badminton Cheras.  Atas sokongan semua ahli aku terima jawatan tersebut dengan hati terbuka dan akan cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik! Dalam hati aku berazam akan menjalankan amanat tersebut dan berjanji akan melakukan dengan sebaik mungkin.... insaAllah....:) Beberapa hari sebelum tarikh yang ditetapkan aku telah merancang segala keperluan, dengan kos hanya RM240.00 ditangan aku harus bijak membahagikan agar ianya mencukupi untuk makanan peserta pertandingan dan warga kerja STC,  perjalanan dan pengakutan.  Dengan kerjasama Hani,  gadis ku dia turut membantu untuk membuat tempahan sarapan pagi dan minum petang,  chicken floss dan roti kelapa.  Menu makan tengahari ayam kicap dan sayur campur aku masak sendiri demi menjimatkan kos.  Menu seimbang harus disajikan, buah-buahan perlu.....Pisang, epal hijau/merah, cake dan teh O semua aku sediakan dari rumah.   Dan dengan jasa baik Puan Ang, salah seorang AJK STC bersedia meminjamkan kereta Innovanya dan menaja minuman 100 Plus 1 karton pada hari perlawanan.  3 kereta cukup untuk membawa 12 peserta bersama barang-barang keperluan kami.  Konvoi 5 buah kereta bergerak ke lokasi pada jam 6.45pagi dan tiba di Stadium Badminton Cheras pada jam 7.45pagi. 
Taklimat Pengurus Pasukan pada jam 8.45pagi, menjelaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk perlawanan.  Senarai 'Bout No' diserahkan dan tag 'Coach' juga 'Manager' sedia ditangan ku.  Perlawanan bermula tepat jam 9.15 pagi.  Bila senarai pertandingan sudah ditangan maka bermulalah agenda perlawanan untuk 12 perserta STC, seramai 570 peserta dari 22 persatuan teakwando turut serta dalam Tournement kali ini.  Setiap peserta aku sediakan untuk 'inspection'.  Peraturan agak ketat, no kick above shoulder! pertandingan berjalan selama 1 minit masa pertama dan kedua, rehat 30 saat.... dan hanya wakil dengan Tag 'Coach' dan 'Manager' yang dibenarkan masuk ke gelanggang.  Keseluruhanya berjalan lancar.... dengan bantuan Fakkrul, Aimi dan June yang menjaga props.  Pn Ang dan Ibu Karnan membantu bahagian makanan untuk peserta.... pembahagian tugas berjalan lancar dan semua memberikan kerjasama yang begitu baik sekali.  Tanpa aku sedari aku begitu bertenaga...alahamdulillah... doaku Allah perkenankan semuga memberikan aku kekuatan dan keyakinan menggalas tugas ini.  Satu persatu perlawanan berjalan, kalah dan menang merupakan adat pertandingan.... STC berjaya mengondol 4 pinggat (2 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa).  Tempat ke 3 keseluruhan pinggat membuat kami terkesima.... yesss!! Pn Ang begitu gembira kami melompat keriangan di gelanggang..... Alhamdulillah....:)  Dalam perjalanan Ang dan anak-anak tak henti bercerita tentang keseronokkan mereka, dan tanpa disedari kami sampai di Center jam 7.30mlm, Master Ari mengucapkan terima kasih atas bantuan ku, sebagai Team Manager. Dan sekali lagi dia membuat panggilan pagi tadi mengucapkan terima kasihnya dan gembira dengan tugas yang telah aku laksanakan semalam......:)  Anyway...  kata Amin, "Saya, orang tua baru belajar..." hahahahaha.... lawakkan?  dia menyokong ku dengan guraunya yang bersahaja..... :) Sebenarnya tanpa kerjasama yang baik dari peserta, AJK dan parents yang turut serta.  Tanpa kerjasama mereka tugas yang ku galas tidak semudah itu..... terima kasih kepada semua warga STC..... bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung...." nyata benar......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan