Isnin, Julai 20, 2009

Hari Graduasi Sek Men Sains Kuala Selangor


Undangan Hari Graduasi Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor diterima melalui pos pada 8.7.2009, memandangkan Shafiq bakal menerima 2 anugerah (1. Graduasi SPM dan 2. Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum) pada 25.07.2009 (Sabtu) maka dengan itu, aku segera memaklumkan kepadanya tentang undangan yang telah diterima. Mamandangkan kuliah telah bermula dan aktiviti-aktiviti UPNM pun giat berjalan, Shafiq merasakan agak sukar untuk mendapat pelepasan untuk hadir di hari Graduasi KUSSES. Anyway menurutnya dia akan berbincang dengan 4 lagi kawan-kawan sesekolahnya untuk mendapatkan pelepasan tersebut. Untuk tujuan tersebut pihak Universiti memerlukan surat jemputan dari sekolah sebagai bukti, maka kami pun telah ke UPNM untuk menghantar surat dan beberapa barang keperluan Shafiq sambil menziarah dia dan melihat perkembangan baru dia sebagai seorang siswa..... (what a great change in his life) kalau dulu dia adalah anak-anak kecil bagi ku, tapi kini dia tidak lagi.... waktu dan persekitarannya telah banyak merubah dia menjadi dewasa....

Sebagai menghargai hari bersejarahnya, aku telah memohon untuk bercuti pada hari Sabtu nanti, semuga cuti ku diluluskan dan dapatlah kami meraikan hari istimewa ini bersama. Sebenarnya aku sememangnya tidak punya banyak cuti, cuti ku biasa ku habiskan dengan hal-hal anak-anak seperti ini. Anyway Iam proud of it coz sekurang-kurangnya cuti yang ada tidak membazir begitu saja, cuti ku sememangnya habis untuk anak-anak kebanyakkannya.

Hari Jumaat selepas solat Jumaat, Papa akan menjemput Shafiq di UPNM dan terus bawa dia dan kawan-kawan ke KUSSES. Memandangkan mereka diminta mendaftar pada jam 3.00ptg maka sememangnya dia tidak sempat untuk pulang kerumah dahulu. Malam Sabtu mereka akan menjalani raptai upacara graduasi. Penuntut diminta berbaju melayu 'Oren' telah untuk upacara tersebut, dan bayaran RM60.00 untuk sewa jubah, gambar dan lain-lain telah ditetap untuk tujuan tersebut. Peluang bagi mereka untuk bersama-sama dengan kawan-kawan yang telah terpisah pastinya. Kita tunggu saat indah yang akan mencatatkan momen-momen bersejarah ini nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan