Isnin, Julai 27, 2009

Penat tapi Seronok..!!!











Kesempatan Sabtu 25.07.2009 yang dijangka untuk ke hari graduasi KUSSES telah bertukar kepada jalan-jalan ke Kuala Lumput window shopping dan shopping. Destinasi pertama kami ialah ke Low Yat Plaza mencari keperluan laptop Shafiq (skin dan coolent) dan setelah puas meronda di setiap tingkat kami ke Times Square memandangkan kedudukannya yang sangat berhampiran. Macam-macam yang nak dicari sebenarnya oleh Shafiq, segala keperluan peribadinya... termasuk Seluar kecik, seliper dan necktie. Tapi boleh dikatakan apa yang dihajatkan dapat di Time Square tu memandangkan ada banyak sales hari tu.... dan orang yang bershopping pun bukan main ramainya maklumlah cukup bulan. Sehingga kami nak cari tempat makan tengahari pun payah.... semuanya 'Full House'. Memang tak selesa kalau nak makan di situ, kerana itu kami telah keluar untuk cari makan di tempat lain, tujuan kami adalah ke Petaling Jaya (New Town), cadang cari roti canai.... makan tengahari dah jadi minum petang pulak.... kami ronda-ronda di kawasan balai polis PJ di situ ada deretan kedai-kedai makan, tapi tak ada pulak roti canai! Jadi kami ke Restaurant Syed berhadapan dengan Wisma MCIS. Maka pekenalah roti canai dan tosai di Syed Restaurant jadinya.

Setelah perut dialas... destinasi seterusnya adalah ke Sunway Pyramid. Shafiq berhajat memberi kami sesuatu hasil dari gaji pertamanya. Walaupun aku sarankan supaya kita pergi makan malam saja di Bagan Hailam...... namun dia tetap berkeras. Setelah meronda setiap tingkat dan setiap kedai di Sunway Pyramid sehingga kaki kami pun dah naik lengguh, akhirnya kami temui sesuatu yang sesuai untuk kami. Dania telah mendapat sepasang seluar dan blaus Kiko yang cantik, Hani memilih untuk sepasang kasut snikers sesuai untuk outing (jalan-jalan). Aku yang sebenarnya sedang mencari handbeg untuk aku sesuaikan dengan kasut hushpuppies yang baru ku beli ternampak handbeg (70% discount) yang sesuai dengan harga dan warna untuk ku jodohkan dengan kasut baru ku.... setelah dipersetujui oleh semua maka handbeg itu menjadi pilihan, Shafiq berhajat untuk membelikan papa kasut Puma, tapi Papa menolak..... katanya dia nak beli masa hampir Hari Raya nanti dan dia akan pergi berdua saja.... Anyway Papa minta supaya Shafiq bayarkan stokin yang diambil. Rasanya Shafiq dah tau yang Papa akan bagi bermacam-macam alasan, jadi sebelum itu Shafiq telah pun membelikan Papanya seluar kecik untuknya. Setelah berpuashati dengan pemberian untuk semua, kami terus ke Bagan Hailam,
Pelabuhan Klang untuk makan malam.

Dalam perjalanan aku membuat tempahan meja untuk 5 orang, dan sesampainya kami disana meja telah pun sedia. Menu makan seperti biasa.... Butter Prawn, Baby Kailan Oyster, Beancurd Oyster, Seafood Tomyam dan Kerapu Menggo. Kami makan sampai tak larat, Dania the first yang surrender kekenyangan.... Sebelum Papa sempat nak pergi settle bill, Shafiq dah pergi dulu.... dia memang betul-betul spend for the family that day, kesian dia... he really spent! Anyway the day was very nice, we spend our time together even it is a tiring day but we enjoyed the day!!! On the way back masing-masing tertidur dalam kereta maklum penat berjalan ditambah dengan perut yang dah kenyang.... Alhamdulillah adik-adik tak lupa untuk ucapkan terima kasih pada abangnya..... As a parents, even he is our son we still thank him on what he had done to us..... we are greateful with him and his commitment.... Mudah-mudahan ianya akan berpanjangan dan berkekalan... Insaallah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan