Rabu, Julai 22, 2009

UPNM ditutup kerana H1N1 (Selsema Babi)




21.07.2009 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) ditutup serta-merta selama seminggu mulai hari ini kerana terdapat 60 orang pelajar yang positif virus H1N1. Siasatan awal mendapati ia virus impot dan dimaklumkan seorang pensyarah UPNM telah melawat Melbourne, Australia sebelum disahkan positif H1N1. Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad semua pelajar yang disahkan positif telah diarahkan menjalani kuarantin rumah. Bagaimanapun penutupan tersebut wajar tetapi menjelaskan tempoh tersebut bergantung kepada arahan Kementerian Kesihatan sebelum sesi pembelajaran boleh dimulakan semula.

Aku agak terkejut bila Shafiq call pada jam 4.30ptg memaklumkan kepulangannya selama seminggu. Memandangkan cuaca yang kebetulan hujan sepanjang hari dan waktu yang sudah lewat petang aku berbincang dengan Amin supaya kalau dapat mengambilnya di Universiti sahaja. Berita penutupan ini kemudiannya keluar di berita TV dan Radio juga akhbar keesokkan harinya.

Selain UPNM, UITM Lendu, Melaka juga telah ditutup selama 9 hari sedari 12.7.2009. Dan hari ini UITM Permatang Pauh, Pulau Pinang pula ditutup kerana wabak yang sama. Doa ku semuga wabak ini dapat segera dikawal dan vaksin untuk melawan virus ini akan dapat ditemui, insaallah........ Setiap penyakit yang Tuhan turunkan itu akan ada penawarnya.... manusia diingatkan supaya jangan putus asa supaya berusaha untuk mencarinya........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan