Selasa, Disember 08, 2009

Macam2 acara di kampung


Pasangan ketika makan beradap selepas majlis akad nikah

Dania dan Hani menikmati durian di pinggir jalan pekan Teluk Intan

Tambah ImejBergambar di tangga menara condong bersama Bibik Timah, Ina, Nod dan Hana...


Panorama Menara Condong di waktu malam yang berwarna warni setiap minit...

Cahayanya yang memikat......

5.12.2009 (Sabtu) merupakan majlis pernikahan Mohd Arif, anak Kak Menah. Kak Menah telah pun memaklumkan kami tentang pernikahan dan minta supaya kami dapat bersama-sama meraikan majlisnya nanti. Kami sampai di kampung ketika majlis akad nikah sedang berlangsung di masjid pada jam 9.30pagi. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Arip kini telah pun bergelar suami. Majlis yang sederhana hanya kenduri walimatul urus dengan kehadiran orang-orang masjid, saudara rapat dan jiran tentangga sahaja. Menurut Kak Menah Insaallah majlis yang lebih meriah akan diadakan pada bulan Mar 2010 bersama dengah pernikahan Soleha nanti. Kepada Arip dan pasangan 'Selamat Pengantin Baru' dan Tahniah semuga rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.... Amin....

Selesai majlis kami ke pekan untuk mencari apa yang perlu.... for 20 years been pergi and balik ke Teluk Intan tapi never bother to visit the Menara Condong di pekan Teluk Intan. So tak tau kenapa teringin pulak untuk mendambakan beberapa keping gambar untuk kenangan bersama anak-anak di sana dan Bibik Timah dan anak-anaknya yang kami temui kebetulan di kawasan sekitar. To be frank pemandangan Menara Condong diwaktu malam sungguh menakjubkan...... its really nice..... Terlanjur melintas di gerai durian, kami telah singgah untuk menikmati durian Tapah ditepi jalan. Durian di sana dijual semurah 50 sen sebiji dan semalah RM5 sebiji. 3 biji durian yang berharga RM5 sudah cukup bagi kami anak beranak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan