Isnin, Disember 21, 2009

Gradding lagi.......

Hani dan Dania telah dimaklumkan oleh jurulatih masing-masing bahawa mereka layak untuk menduduki Gradding akan datang. Tarikh gradding telah ditetapkan pada 31.01.2010 (Ahad). Bagi Hani dia bakal memakai talipinggan Hitam, nampaknya gradding kali ini, Hani kena betul-betul bersedia kerana ujiannya yang akan dilaluinya akan lebih-lebih mencabar. Dia dikehendaki untuk memecahkan batu dengan tangan dan kaki. Dania juga layak untuk gradding, dia yang memakai talipinggan Kuning 2 akan bertukar ke talipinggan Hijau, InsaAllah..... Semuga kedua-dua puteri ku ini berjaya didalam ujian mereka nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan