Ahad, Disember 13, 2009

Makan malam - The Sabahan Food

12.12.2009 malam Ahad kami sekeluarga dijemput untuk makan malam di rumah Cik Lil di Taman Sri. Mummy, panggilan ku pada ibu mertua Nor adik sepupu ku yang datang dari Sabah dan telah berada disini hampir 3 minggu. Mummy berhajat untuk memasak makanan istimewanya untuk kami. Memandangkan dia akan pulang ke Kota Kinabalu pada 13.12.2009 iaitu hari Ahad malam Isnin, aku rasa kerana itu dia bersungguh untuk makan malam bersama dengan masakan istimewanya. Hidangan yang dimasak oleh Mummy memang berbagai, mee soup perut lembu (ngew chap) inilah yang istimewanya, nasi beras bukit yang mana pertama kali ku rasa. Dan rasanyan memang sedap dari beras biasa, Ayam Sprite, Kari Daging Bindulu (kari orang Burma), Mixed vege tidak ketinggalan there is some western menu, salad with black papper yang Mummy buat sendiri recipe istimewanya dari UK dan vegetarian speghetti. Memandangkan semuanya memang sedap... walaupun perut ku masih kenyang kerana sebelum berangkat kami telah pun menghirup soup gear-box yang aku masak untuk masak tengahari yang dimakan bersama nasi daging ku tadi. Tapi kerana hidangan yang begitu membuka selera kami jamah semua hidangan yang terhidang perlahan-lahan dan step by step mengikut saranan Mummy.
Untuk Mummy aku bawakan Carrot Cake yang ku buat khas untuknya dan cake kelapa untuk dimakan oleh semua yang ada. Teringat kembali jasa Mummy untuk mencari ubat penyakit yang Amin deritai semasa Amin sakit dulu. Rasanya makcik aku sendiri tidak seperihati sebagaimana Mummy pada kami. To be frank aku memang punya naluri dan chemisrty dengan Mummy biarpun berbeza bangsa dan ugama. Namum aku tidak merasakan perbeza itu menjadi penghalangnya. lebih menggembirakan aku dia menganggap aku sebagai anak angkatnya......... hati ku berbunga indah.......Mummy ooo..... Mummy..... :) Jamuan bertambah meriah dengan kehadiran jiran Cik Lil dan keluarga, Nazrul, Puteri dan Khairiah, Puteri tidak kosong tangan turut membawa brownie dan Tomyam sebagai hidangan tambahan. Bibu anak bongsu Mummy datang bersama 2 orang rakannya dari Ampang. Setelah kenyang dengan hidangan istimewa masakan Sabahan dari Mummy kami memohon diri memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam masa untuk menjemput Hani dari kelas Teakwando telah tiba. Memandangkan Hani tidak dapat turut serta Nor membekalkan berbagai makanan untuk Hani ku....... Sebelum pulang aku peluk Mummy dan dia memohon semuga aku mendoakan akan kesihatannya dan berdoa muga dapat berjumpa lagi di tahun 2010. To Mummy I will always pray your good health and happiness (Mummy sebenarnya adalah pesakit Cancer yang telah pulih).... and Merry Chrismas to you....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan