Rabu, Disember 30, 2009

Bunga yang disunting

Kamalia tersenyum lega selepas jari manisnya disarungi cincin pertunangan

Hantaran dari kedua-dua belah pihak

Sama cantik sama menarik.....

Hantaran dari pihak lelaki

26.12.2009 (Sabtu) bersamaan 9 Muharam termetrilah ikatan pertunangan Kamalia Haji Kassim, anak saudara sebelah suami ku. Lia nama panggilan bagi kami telah disunting oleh jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Memandangkan hari itu aku bekerja dan baru saja bercuti pada 24.12.2009 kerana keputusan PMR, maka tak dapatlah untuk bercuti lagi sempena hari pertunangan Lia. Keluarga kami sememangnya rapat dengan Kak Ani, walaupun sekarang Abang Usop (nama timang2an arwah Cikgu Kasim) telah tiada, namun hubungan kami begitu rapat, ditambah Shafiq 'transit' selama hampir 3 tahun dengan Wak Ani & Wak Usop semasa sekolah rendah. Anyway telah ku maklumkan terlebih dahulu akan perkara itu dangan Kak Ani dan mereka memahami. Habis waktu pejabat aku bergegas ke rumah Kak Ani, biarpun acara kenduri arwah telah selesai namun aku masih sempat bersama ketika rombongan pihak lelaki bertandang. Rombongan pihak lelaki hadir bersama 8 buah kereta dari Johor bersama beberapa dulang hantaran adat untuk pihak perempuan, begitu juga pihak perempuan bersedia dengan balasan dulang untuk pihak lelaki. Majlis walimah yang sederhana dan mesra dengan kedua-dua belah keluarga yang sepakat telah menetapkan awal 2011 kedua-dua sejoli ini akan disatukan, InsaAllah....... semuga pasangan ini akan tabah menghadapi tempoh pertunangan dengan tabah......

Aku tertarik dengan hantaran dari pihak lelaki yang begitu unik dan artistik persembahan gubahan mereka. Kreatif, simple dan menarik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan