Isnin, Disember 28, 2009

Keputusan PMR yang dinanti-nanti

Hani ketika melihat keputusannya

Minum di 'Taste Kopitiam'

Hani mendengar teliti komen2 dari abang

24.12.2009 keputusan PMR diumum di semua sekolah. Bukan saja jantung hati calun-calun yang berdebar.... malah hati ibu-ibu pun juga turut bergetar menanti akan keputusan yang bakal diumumkan nanti. Kebetulan esok 25.12.2009 cuti umum Christmas, maka Shafiq dapat balik bercuti selama 4 hari, dan kebetulan dia bawa pulang seorang temannya dari Skudai dan Insaallah akan menyusul lagi 2 orang teman yang bakal menumpang bermalam dirumah petang nanti. Pagi 24.12.2009 kami merancang untuk bertolak kesekolah pada jam 9.30 pagi, selepas sarapan. Tidak ku sangka Shafiq dan Zamir ingin turut sama melihat keputusan adiknya, Hani. Tak lama menuggu keputusan diumumkan dan kami semua kedewan, aku dapat rasakan getaran dan gemuruh di tubuh Hani ketika ku pimpin tangannya kedewan pagi itu. Tak kala tiba saat tiba gilirannya dia terkedu dan hampir menangis. Papa yang mengikut dari belakang kami menanti slip keputusan dengan tenang. Biarpun keputusannya boleh diterima namun dia begitu sedih dan menangis dipelukkan Papa. Slip yang tertera keputusan 3A, 4B dan 1C dan Sijil diserahkan kepada ku dan kami dapat merasakan kekecewaannya. Harapannya untuk mendapat lebih dari itu ternyata hampa. Kami sepakat menenangkan dia yang sedih dan kecewa, mujur Shafiq dan Zamir ada bersama mereka ini yang menghiburkan hati adiknya.
Atas cadangan Shafiq kami keluar minum bersama dan meraikan kejayaanya. Cadangan ke Secret Recipe pada mulanya, tapi masih belum dibuka dan kami terus ke Taste Kopitiam dengan Cik Nor yang datang kemudian untuk turut sama ingin berkongsi gembira bersama Hani. 'Permula sebuah peperiksaan Sekolah Menengah' kata Zamir kepada Hani. Shafiq dan Zamir sepakat mengatakan dan memberi Hani semangat dan supaya berusaha untuk SPM nanti. PMR ini hanya permula sahaja berikan sepenuh tumpuan nanti semasa di tingkatan 4 dan 5 kerana SPM nanti yang bakal menentukan. Atas persetujuannya aku cadangkan supaya membuat semakan semula atas kertas Geograpy dan Pendidikan Islam yang dia yakin mendapat 'A'. Cik Nor berjanji akan menguruskan semakan 2 kertas dengan Lembaga Peperiksaan nanti. Aku kira dia akan menerima keputusan ini..... InsaAllah.... semuga ianya menjadi pendorong untuk lebih berjaya dimasa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan