Ahad, Ogos 15, 2010

Jam tangan

jam tangan ku yang kelihatan agak pelik.....
Jam pilihan Hani....

Jam yang dipilih oleh Dania....
Dah hampir 3 bulan jam tangan Bonia yang rosak talinya aku hantar ke agen Bonia untuk ditukar. Sebenarnya sebelum ke agen Bonia aku telah pun pergi kemerata kedai jam untuk menukar tali sekiranya ada yang sesuai. Tapi nampaknya kecewa belaka... memandangkan jam itu masih berfungsi baik dan aku sememangnya menyayanginya, sebolehnya aku cuba untuk mendapatkan ganti bagi talinya yang sudah rosak. Untuk tali jam saja, rasanya sudah 3 kali aku menalipon agen jam untuk bertanyakan status jam tangan ku. Aku kira tempoh yang panjang itu memberikan aku berita gembira tapi tidak rupanya. Tali yang rosak sudah tidak ada lagi dalam simpanan mereka (Bonia). Cadangan mereka supaya tali jam yang berwarna kehijauan itu digantikan dengan warna hitam memandangkan hanya tali berwarna hitam yang ada dalam simpanan mereka. Aku jadi serba-salah, aku tergambar rupa jam ku yang pelik hijau dan hitam!! Memang pelik dan ganjil rasanya. Harga untuk sepasang tali jam hitam Bonia berharga RM70.00. Terkejut juga aku bila mendengar harga tali jam yang harus aku bayar. memandangkan sudah lama aku menunggu untuk mendapatkan tali yang sesuai, aku mengambil keputusan dan menyerahkan kepada pihak Bonia untuk membuat pilihan yang sesuai untuk jam tersebut.
Petang Sabtu aku menerima panggilan dari agen jam Bonia di Banting, mengatakan jam tangan ku telah pun sampai dan aku boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Tak sabar rasanya untuk melihat tali jam baru.... tapi rasanya aku dapat rasakan betapa peliknya jam aku nanti....:(

Memang betul bagai apa yang ku sangka.... aku rasa sungguh pelik dan janggal dengan warna yang dipadankan oleh mereka. Aduh hai.... nak menangis rasanya melihat kombinasi yang kalang-kabut... rasa menyesal pun ada ketika itu.... Mungkin budak-budak pekerja Kedai Jam itu faham perasaan ku dan mengatakan 'OK' kepada tali jam baru itu.... Sebenarnya aku menerima dan membayar harga yang jam itu dengan hati yang 'larat' sekali. Kecewa sebenarnya.... tapi aku tiada pilihan lain......
Hani dan Dania juga sebenarnya sudah sekian lama meminta jam, Papa sebenarnya berjanji untuk membelikan mereka jam, tapi budget Papa dah pergi kepada langsir yang kami tempah malam semalam. Untuk tidak mengecewakan anak-anak especially Dania yang rajin berpuasa aku membelikan mereka seorang sebuah jam. Masing-masing memilih jam yang sesuai dengan cita rasa mereka, dengan syarat mesti rajin tolong Mama & Papa dan jangan liat bangun sahur.

1 ulasan:

  1. macamana nak contact agen bonia tu? saya punya jam tali dah rosak,,,

    BalasPadam