Jumaat, April 15, 2011

Sembang Maya....

Biasanya sebelum tidur aku ambik sedikit masa untuk cek email dan fb ku. Kebetulan anak bujang aku sedang ditalian. Bagusnya online ni jimat bil dan boleh menyambil sembang ramai orang. Sebenarnya aku sedang sembang tentang ayah mertua adik sepupuku, Nor yang sedang sakit di KK. Kadang-kadang kita perlu bertanya tentang susah orang-orang yang kita sayangi, kerana sekurang-kurangnya mereka rasa seperti dihargai biar ianya hanya sekadar pertanyaan. It shows the concern kita pada hamba yang sedang ditimpa permasaalahan.

Sambil tu nampak la si anak bujang ku sorang ni pun sedang online. Biasanya my first word to him will be "As salam bang..... dah makan?" tak lama dia pun sambut "wsalam ma..." cerita punya cerita aku tanya pasal duitnya... "abg ada duit x?" jawabnya "errrmmmmmm...." saja aku tanya soalan tu kerana baru aku baca blognya yang tak berduit, biasalah duit dipinjam kawan tak pulang. Aku memang dah masak dengan perangai dia, selalu sangat bagi orang pakai duit dia, akhirnya sendiri yang tak berduit. Perangai ni memang dari sekolah menengah Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor lagi, itulah yang selalu terjadi? sehingga aku bertanya dan mula la lecture..... aku tahu dia tak senang bila aku mula lecture....., maklum aku ibu dan dia anak, aku tak tergamak melihat kawan-kawan ambik kesempatan atasnya, biar aku tahu niatnya baik, sekadar menolong teman yang memerlukan, tapi adakah siteman tahu bila sipolan ni pula memerlukan bantuan? Aku memang tahu ada kawan-kawannya yang memberi kepada orang tua, tapi tidak anak ku. Alasan ku jelas, aku mahu dia menikmati dan belajar mengendalikan kewangannya sendiri. Bagi kami apa yang dia kerjakan selama di UPNM bukan enteng. Kuliah dan military training yang berbagai bukan mudah, kerja yang menguji kemampuan fizikal dan mental 100%. Teruk dia dikerjakan semasa Asasi. Kerana itulah kami biarkan dia menikmati hasil titik peluhnya sendiri. Kalaupun kasut yang dibeli berharga ratusan ringgit kami tiada halangan, kerana itu hasil keringatnya. Biar apa pun yang dihajati, kami perkenanankan asalkan dia bahagia. Biarlah dia menikmati apa yang dilakukan malah kami sebagai ibubapa sering memberi dimasa dia memerlukan, memang tidak dinafikan kami tidak pernah lupa bertanya kewangannya, bukan meminta tapi aku tau dia akan memberi sekiranya dia ada..... dia betul-betul enjoy dengan pendapatan di tahun asasi bila masuk tahun 1 baru aku ingatkan supaya dia menyimpan sedikit, bukan apa sebagai simpanan dan masa depan, alhamdulillah dia mula menabung dengan ASB, kami amat bersyukur bila mana dia sedia menerima tawaran ke UPNM, kerana pembiayaan pelajarannya ditanggung, tiada pinjaman dan soal memohon biasiswa atau PTPN tidak timbul, malah dia sendiri tidak terbeban dengan bayaran balik pinjaman atau PTPN bila tamat pengajian. Satu keistimewaan bagi semua penuntut di UPNM sebenarnya.

Aku sering mengingatkan dia tentang solatnya, makan minum, kebersihan dan kesihatan, sering sambil menasihat airmata aku jatuh juga... aku tahu dia ada masaalah bahu, tapi masih berdegil untuk main dan aktif dalam rugbi. Kadang-kadang geram juga aku, tapi apa nak buat dia memang minat dengan sukan lasak tu! Sedihnya hati bila anak yang tak sihat tak dapat kita rawat, aku sarankan dia supaya dapatkan nasihat Doktor dan buat temu janji untuk operation yang pernah dia maklumkan tu seberapa segera, namun dia masih mahu menunggu sehingga final exam over pula. Aku pernah mengurut bahu dan badannya semasa dia injured main rugbi di Sek Sains Selangor beberapa minggu yang lalu, macam masih terasa-rasa bengkak di badannya dan terpandang-pandang dia menahan sakitnya. Ya Allah... kau selamatkanlah anak ku ya Allah..... hatiku berbisik memohon Allah memberikan perlindungan kepadanya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan