Jumaat, April 01, 2011

Dania to be 9 year old today....

Cheetah pants n blous...
Ice cream cake kesukaannya....


Dania selepas balik dari Kelas tutionnya, malu bila mana melihat semua persediaan sambutan hari jadinya yang ke 9...


"April Fool...!" seluruh Dunia tahu hari April Fool..... tapi bagi ku ini merupakan hari istimewa ku, dimana Dania Batrisyia anak ke 3 ku lahir pada hari ini. Teringat aku detik-detik kelahirannya yang penuh dengan debaran. Kelahiran yang sangat aku nantikan dan memberikan aku seribu makna yang tidak terucap. Cahayamata ku ini, ku namakan Dania Batrisyia dan hari ini genaplah usianya 9 tahun. Aku sediakan hadiah seperti kebiasaannya, dia yang sememangnya sangat seronok dengan pemberian hadiah-hadiah yang sememangnya amat kami maklumi. Malam tadi setelah mereka semua tidur aku balutkan hadiahnya dan aku letakkan di atas meja studynya. Aku ciptakan kelainan di hari bersejerahnya, pagi tadi ketika di dapur aku ucapkannya "Selamat Hari Jadi Dik..... Mama doakan adik jadi anak Mama yang soleha, pandai sekolah dan rajin solat...." dia mengangguk dengan senyum melirik dibibirnya. Aku tahu dia gembira di pagi usianya genap 9 tahun. Aku mohon pada suami supaya membekalkan dia duit RM10.00 ke sekolah supaya dia boleh berbelanja lebih semasa waktu rehat di sekolah bersama teman-teman sekelasnya sempena hari lahirnya. Ditahun-tahun yang lalu aku sediakan goodie beg atau cup cake untuk teman-teman sekelasnya, namun tahun ini agak berbeza dari yang lalu.

Malam ini aku merancang satu kejutan untuknya, kebetulan abang dan kawan-kawannya dapat pulang bermalam jadi aku harapkan sambutan akan lebih meriah bagi Dania. Aku menghubungi yati untuk mengundangnya dan menjemput Dania pulang dari kelas Smart Readernya. Untuk memeriahkan lagi suasana aku menjemput Nor dan keluarganya rasanya sudah memadai untuk sambutan ulang tahun Dania. Memandangkan ianya rancangan kami yang dirancang last minute, aku hanya dapat merancangkan hidangan yang simple, Ice Cream cake, mee goreng, ayam goreng, tahu sumbat, jelly dan buah-buahan yang sempat menjadi juadah sambutan santapan hidangan ringan kami malam ini. Walau apapun kejutan yang penting supaya ianya menjadi memori indah untuknya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan