Rabu, Mac 23, 2011

Tambah 1 lagi...

"macam used car jer... " kata teman2 yang datang...

Setelah berbincang, kini kunci Satria ke tangan ku.... kini selain Swift lama ku yang aku sayang dan banyak berjasa kepada aku, Satria menjadi penghuni car porch ku yang sempit, ianya menjadi kebanggaan bila mana ramai yang mempersoalkan macammana you all park 3 (CRV, Suzuki & Satri) kereta dalam car porch ni? dah jadi macam used car pulak...! Hahahah lawaknyer..... Mana pulak nak kami tempatkan Volkswagon yang bakal pulang tak lama lagi? Kat luar ke? aduhai sayangnya either 1 kena mengalah nampaknya. Kena di parkirkan di depan rumah gamaknya nanti.... ok kut kan? mudah-mudahan gejala pecah kereta tidak akan terjadi lagi..... ditambah kereta kami kereta lama, tua dan buruk pula.... rasanya sipenceroboh tu berfikiran panjang sebelum menceroboh kereta tua ku nanti. InsaAllah.... mudah-mudahan Allah hindarkan kami dari perkara-perkara yang tidak diingini. Cadangan suami supaya melepaskan Suzuki terpaksa aku fikirkan memandangkan anak-anak yang sudah mula membesar dan bakal melanjutkan pelajaran dan bekerja bakal memerlukan kenderaan mereka sendiri nanti. Aku memikirkan kereta itu sudah tidak perlu bayaran ansuran lagi. Jadi kalau disimpan pun dia tidak membebankan kami. Jadi keputusan ku adalah menyimpannya. Aku berhasrat untuk mencantikkan lagi suzuki tu, cat baru, tukar seat baru, tukar power stering, tukar tayar dan akhir aku akan baiki central lock dengan remotenya... mesti jadi superb punya... !!

Hani yang sudah mula berminat untuk memandu, kini aku giat mengajarnya memandu setiap petang selepas pulang dari kerja. Kesungguhannya dan kemampuannya belajar dan menerima teguran-teguran ku begitu baik..... dan perlahan-lahan dia sudah mula boleh mengendalikan suzuki ku dengan baik. InsaAllah selesai peperiksaan SPMnya nanti akan kami masukkan dia ke mana-mana pusat memandu untuk membolehkan dia belajar memandu dengan lebih bersistamatik hingga mendapat lesen memandu yang sah. Banyak yang aku pesankan padanya, "stay alert and focus semasa berada ditempat pemanduan, dont stress up, relex and enjoy your driving, insaAllah.... driving will be fun... :)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan