Khamis, Mac 03, 2011

PIBG SMKB

Mesyuarat PIBG SMKB pada 26.02.2011 jam 8.30pagi bertempat di dewan sekolah. Aku hadir agak lewat jam 8.50 dimana mesyuarat sudah dimulakan. Upacara berjalan sepertimana agenda dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua Sekolah yang agak panjang lebar tentang pencapai sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM. Segala kejadian penting dimaklumkan, begitu juga tentang 6 orang murid sekolah yang digantung sekolah kerana beberapa kesalahan (merokok)setelah diberikan amaran. Ucapan YDP PIBG juga tidak kurang hebat, namun beliau yang bersahaja menunjukkan keperihatinan terhadap perkembangan sekolah dan murid-murid.

Majlis kembali pada jam 10.30pagi apabila pembentangan minit mesyuarat agung yang ke 11 disahkan, semakan kunci kira PIBG, isu berbangkit dan lain-lain hal semuanya berjalan lancar. Tiba kepada pembubaran dan pemilihan YDP dan seterusnya AJK PIBG sessi 2011 bermula. suara ramai memohon ahli lama dikekalkan kecuali kepada ahli yang tidak hadir tidak dapat dilantik semula. Bermula percalunan nama-nama yang dikirakan layak untuk duduk dikerusi AJK kedengaran. Tersentak aku bila nama aku disebut...! Ya Allah... siapalah pula yang mencalunkan aku.... aduhai rupanya di satu sudut kelihatan sekumpulan warga ibu-ibu yang tersenyum bila aku melihat sekeliling mencari punca suara. 5 nama telah dicalunkan termasuk aku dan kami diminta keluar.... udian dimulakan.... tak sangka aku mendapat 34 undi... rasanya aku tidak begitu kenal dengan para ibu bapa yang hadir.... walaubagaimana pun aku berdoa semuga tidak tercalun.... Alhamdulillah.... Puan Normah mendapat 36 undi maka aku terselamat dari terpilih.... teman-teman yang mencadangkan nampak kecewa.... rasanya aku tidak layak untuk memegang jawatan AJK tu aduhai teman, terima kasih atas kepercayaan kalian.... Kita doakan semuga barisan wakil yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan baik demi kebaikan sekolah, murid-murid juga ibu bapa didalam melahirkan anak-anak yang berjaya dan sekolah yang terbilang di Kuala Langat.... InsaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan