Selasa, April 26, 2011

Tanggungjawab

Hidup ini sebenar amat indah dan nikmat, banyak yang dapat kita menafaatkan dari aktiviti dan peristiwa harian dalam kehidupan. Ada banyak perkara yang boleh menjadikan lagi kehidupan insan ini lebih bermakna, selain pegangan ugama, pendidikan pelajaran, salasiah diri, perasaan kasih sayang dan cinta juga merupakan keperluan dan naluri yang melengkapkan tuntutan seseorang yang zahir. Sikap seseorang itu dapat kita nilai dari banyak aspek sebenarnya. Tanpa disedari segala keperluan ini dapat digambarkan dari perlakuan seseorang. Cara bertutur, gerak tubuhnya sudah dapat membayangkan personaliti seseorang. Bagi yang punya keistimewaan 'six sense' lebih dapat memahami seseorang itu dengan lebih jelas. Namun hanya orang-orang yang tertentu yang memiliki keistimewaan ini.

Aku sering mahu menjadi dan memberi yang terbaik untuk diri ku. Tetapi terkadang aku terhenti kerana emosi dan amarah. Aku cuba sedaya upaya mengawal demi menjaga hati insan lain namun hasilnya hati sendiri yang terluka. Meletakkan diri pada kedudukan orang lain dan mengakui kesilapan diri membuatkan aku berasa lega. Walau ianya bukan apa yang aku mahu, namun demi memberikan pengajaran kepada mereka yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain selain dari menuding dan menegakkan kebenaran diri sendiri. Hidup ini sebenarnya pancaroba, mencuba keimanan, ketabahan dan kesabaran insan sehingga ditahap yang terkadang tidak dapat terkawal oleh diri. Demi itu pegangan agama itu penting pada diri insan seperti aku..... cetek dengan agama dan rendah pendidikan bukan halangan selagi kita mahu belajar memperbaiki dan menerima teguran yang membina. Apa juga yang kita lakukan, lakukanlah dengan iklas tanpa mengharapkan balasan demi kebaikan dan tuntutan agama, insaAllah perasaan iri hati juga amarah dapat dikawal, selain kita sentiasa dalam rahmat Allah.

Insiden yang terjadi dalam hidup dan keluarga ku, merupakan satu dugaan kesabaran kami menghadapinya. Mungkin ada salahnya pada pihak kami, namun ianya menjadi pengikat ikatan hubungan aku dan anak-anak lebih erat. Aku melihat kematangan anak-anak berfikir dan bertindak. Mereka begitu menyokong kami, biarpun terkadang agak terlalu dalam tindakan namun ianya merupakan proses pembelajaran kedewasaan dan mengawal emosi bagi mereka. Tidak dinafikan aku turut terbawa dengan emosi, alhamdulillah ianya tidak berlarutan. Tapi agak mendukacitakan apabila ada pihak yang tidak cuba untuk mengkaji permasaalah dan punca kejadian. Sedangkan ianya hanya kerana perkara yang aku kira harus ada pada setiap insan, iaitu tanggungjawab atau commitment ! Apa perlukah tanggungjawab ini? dalam apa perkara sekalipun kita harus ada sikap tanggungjawab, tanpa rasa ini kita menjadi insan hina pada diri sendiri.... hilangnya rasa tanggungjawab umpama hilangnya maruah diri dan kehormatan diri sendiri. Demi itu anak-anak sering aku ingatkan supaya punya rasa tanggungjawab kepada diri mereka, agama, pelajaran, keluarga dan apa juga.... Insan bertanggungjawab merupakan insan yang punya kehormatan diri yang tinggi dan tauladan untuk semua..... Demi itu jadilah insan yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama, keluarga, bangsa, negara dan mandat yang diamanahkan kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan