Ahad, Julai 17, 2011

Dilema dan depresi anak ku

Sebelum dia berangkat ke Lumut, kami memang berhajat untuk menziarahnya. Maka selesai saja waktu pejabat hari Sabtu aku bergegas pulang tapi sempat juga singgah ke Econsave untuk mencari keperluan yang dikirim untuk dibawanya. Biasanya Shafiq memang tahu aku memang maklum dengan keperluan peribadi dan alat tulisnya. Hani dan Papa sudahpun packing Nasi ayam yang aku masak awal pagi tadi untuk kami bawa dan makan bersamanya di UPNM nanti. Diwajahnya tergambar keresahan yang mendalam. Kami berbincang dan memberikan beberapa pandangan dan pendapat. Masaalah bahunya dan hasil dari pemeriksaan Doctor memerlukan dia untuk menjalani MRI pada hari Isnin 18.07.2011. Sedangkan dia sepatutnya berangkat ke Lumut pada hari Ahad 17.07.2011 selama 1 bulan untuk latihan industri. Status di FBnya yang menyatakan 'depression' ternyata benar.... he is in a deep depression, fikirannya bercelaru selepas keluar dari bilik rawatan Doctor, ujian MRI dan temujanji Doktor pada 2 minggu berikutnya sedangkan dia diwaktu itu sudah pun berada di Lumut. Baru dia sedar betapa kerosakan dibahunya, selama ini berbuih mulut kami supaya dia berihat sementara dari sukan 'rugbi' memandangkan bahunya yang bermasaalah, namun dia berdegil. "Abang rasa lagi sakit kalau abang tak main la Ma...." itulah kata-kata yang selalu dilafazkan bila kami bersuara. Sehingga ada kalanya dia tidak outing dan tidak pulang bermalam kerana semata-mata kerana latihan dan game rugbinya. Kawan lain dah sampai rumah dia masih dipadang, beberapa kali aku jemput dia agak lewat bilamana penuntut lain sudah keluar bermalam dia masih lagi dipadang dengan teman sepasukannya. Golf menjadi sukan pilihan selepas rugbi katanya, tapi tidak kemana rupanya, dia sungguh obeses dengan sukan lasak itu, tak tahu dimana keseronokan itu tidak kami ketahuai. Untuk anak ku, doa ku semuga apa juga yang diarahkan dan keputusan pihak Universiti adalah yang terbaik untuknya. Surat Doctor untuk dia excuse aktiviti selama 4 bulan sememangnya agak lama tapi itu adalah yang dikira wajar bagi pihak perubatan memandangkan keadaan dan kemampuan kesihatannya. Bagi kita yang melihatnya secara kasar mungkin tidak dapat melihat kesakitan dan penderitaannya, kerana dia sememangnya anak yang cekal dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Itu aku kenal sememang sikapnya sejak dari kecil lagi, dia tidak akan bersuara bila tidak perlu dan diminta.

Awal pagi aku menalipon untuk mengetahuai keputusan pegawainya dan dia memaklumkan keberangkatannya ke Lumut pagi ini. Pemergiannya aku iringi doa semuga dia akan dapat menyesuaikan diri dan menghadapi apa jua situasi di sana dengan jaya. Sesungguhnya keresahan dan keraguannya tentang lapuran kesihatannya turut kami rasai, sebagai ibu bapa kami mahukan yang terbaik untuknya. Ujian MRI dan temujanjinya dengan Doctor akan kami usahakan selepas dia pulang dari Lumut sekiranya tiada tindakan susulan dari pihak Universiti. Kami akur untuk pihak universiti mengurus penuntut yang ramai bukan mudah, mereka mungkin melihat ianya boleh ditangguhkan dan tiada keperluan untuk tindakan segera maka begitulah pada pendapat kami. Walaupun surat dari Doktor yang merawat dan temujanji sudah diajukan kepada pegawai yang berkenaan untuk pengetahuan mereka. No comment about the action, kerana mungkin kami tidak maklum tentang sistem atau procedure universiti, so ada baiknya kami tunggu dan lihat saja apa tindakan selanjutnya. Untuk anak ku sentiasa kami ingatkan supaya menjaga dirinya dengan baik doa kami sentiasa mengiringi. Mama sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan Abang.... my prayers always with u..... I told him everytime when we communicate, I wanted him to know how we love and care for him.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan