Ahad, Julai 17, 2011

Bila dia mulai dewasa

Routine harian ku, mencuci pakaian di bilik air bawah setiap pagi, pili air ku buka untuk bilasan, dan ketika itulah gadis ku datang kepada ku, dengan matanya yang layu dia berkata... "Ma... kakak minta maaf Ma...." dia duduk berteleku dimuka pintu tunduk dan mencium pipiku berkali-kali, dan tangannya erat memegang bahu. Aku sempat membalasnya "Mama dah maafkan kakak....." suara ku tersekat di kerongkong ketika itu. Aku seperti kaku ketika itu terkedu dan terharu dan tanpa aku sedari airmata ku jatuh sederas air pili yang sedang aku takung. Sudah 2 hari aku hanya mendiamkan diri dari berkata-kata dengan gadis ku. Puncanya kerana dia begitu marah dengan adik yang secara tidak sengaja mengambil dan meminum air yasin yang dibawanya dari kampung. Bukan untuk memihak kepada Dania, tapi secara logik sememang si adik tidak tahu yang air tersebut itu adalah air 'Yasin'. Jadi aku jelaskan bahawa dia juga bersalah kerana tidak memaklumkan dan menyimpannya sekiranya dia tidak mahu dikongsi. Kerana insident itu dia begitu marah dan rajuk. Dan berikutnya kerana bilamana dia aku menegurnya atas perbuatannya yang agak lewa sedangkan masa peperiksaan SPMnya semangkin hampir. Keasyikannya berinternet khususnya membimbangkan aku. Teguran itu menambah bengkak dihatinya, sehingga dia tidak mahu aku menjemputnya ketika di rumah Awa sedangkan Papanya akan pulang lewat kerana tugas di Melaka, namun kerana mungkin kerana marah dan rajuk dia cuba mengelak dari bertembung dengan ku. Naluri ku merasakan anak ku cuba menjauhkan diri dari ku. Aku sememangnya amat peka dengan geraklaku anak-anak dan menyedari perubahan sikapnya, perasaan itu aku maklumkan kepada Amin tentang sikap negative dan aku rasa kurang manis sebagai seorang anak, kakak dan gadis diusianya. Sikap yang tidak wajar dan buruk sekiranya tidak diubah dan sebati dengan diri, sangat membimbangkan aku. Aku kira mungkin Amin turut menasihati sianak setelah melihat perubahan dan sikapnya yang cuba menjauh dari ku. Setelah berfikir dan mengakui aku kira dia menyedarinya betapa kami amat menyayanginya dan prihatin akan perkembangan dirinya. Malah beberapa hari yang lalu aku perasan dia juga turut menyekat FBnya. Sungguh mengejutkan dan aku berharap bahawa dia mengambil langkah bijak untuk memberikan sepenuh tumpuannya kepada peperiksaan yang bakal dihadapi nanti dan mengurangkan aktiviti yang tidak perlu sementara waktu.

Terkenangkan insident pagi itu, hati aku tersentuh sebenarnya aku ingin sekali bercerita tentang kisah dibilik air kepada Amin, tapi aku tahu kelemahan aku mengawal airmata, maka dengan itu kisah ini hanya mampu aku kongsikan di blog ini, tiada orang yang tahu tentang kisah ini kecuali orang yang membacanya disini..... Sepanjang perjalanan ku ke pejabat pagi itu, hati ku sayu namun aku bahagia.... airmata ku terlalu murah bila berbicara tentang anak-anak, aku lemah dan mengawal air dikolam mata ku bilamana isu-isu yang berkaitan perihal anak-anak. Ya Allah... aku bersyukur kehadrat mu, kau perkenankan doa ku, anak-anak membesar dengan baik dan dalam lingkungan keluarga, budaya dan ugama yang wajar. Semuga pengalaman ini akan mengajarnya membesar dan dewasa sebagai remaja yang berbudi perkerti dan berhemah tinggi.... InsaAllah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan