Jumaat, Julai 22, 2011

Minat berniaga

Sudah siap dibungkus dan sedia untuk dibawa..... :)


Sausage yang sudah dilumuri dengan butter, oregano dan blackpepper, sedia untuk dibungkus....

Petang itu dia datang kepada ku meminta pendapat. "Ma.... Mama rasakan apa yang boleh adik jual kat sekolah?" terkejut aku dengan soalannya. "adik, nak jual apa?, boleh ke berjual kat sekolah?" Ala ramai kawan-kawan ikelas adik yang berjual, Iman jual nasi lemak, sampai Cikgu pun beli, Hani jual dadih, Fatiha jual pin tudung. "Adik pun nak la berniaga Ma..." katanya dengan nada yang mendatar. "Ok, nanti la Mama fikirkan apa yang boleh adik jual ya..." jawab ku. Sejak itu kepala berfikir untuk gadis bongsu ku. Dalam hati, dia minat berniaga dan sekurang-kurangnya didikan awal bagi dia menyimpan dan mengenal erti betapa payahnya mencari duit. Aku rasa baik juga kalau aku sokong minatnya, tengok sejauhmana kemampuanya nanti.

Hari berikutnya dia datang pada ku lagi, "Mama.... kawan adik nak oder sausage, ada 6 orang yang oder, ada yang nak coklat Kit Kat pun Ma...." Aku ceritakan kepada Amin tentang hasrat anak kecil ku, namun aku tidak mendapat reaksi positif darinya. Dia memang malas nak melayan kerenah Dania, tapi aku tak sampai hati untuk mengecewakan hasratnya. "Baiklah Dania, kalau gitu kita pergi Econsave beli barang sambil Mama pun nak beli barang dapur" kata ku padanya. Pagi Khamis (21.7.2011) bermulalah misi perniagaan Dania di kelasnya. Pagi itu aku rebuskan sausage 2 bungkus, aku minta Amin menyapukan butter dan menaburkan oregano dan blackpepper ke atas sausage. Dania dengan ghairahnya menunggu sausage sejuk untuk dimasukkan ke dalam plastik. Bila sudah siap dibungkus, aku masukkan sausage didalam lunch boxnya. Tak lupa chocolate Kit Katnya dibawa sekali bersama di dalam beg. Hari itu dia seronok dan tersenyum untuk kesekolah seperti biasa. Sebenarnya pelanggan hanya terdiri dari kalangan murid kelasnya sahaja. Aku kira alasan mereka juga kukuh, bilamana mereka lebih percaya dengan masakan dari rumah dari membeli di Kantin Sekolah. Boleh dikatakan hampir semua murid di Kelas Cempaka memberi sokongan kepada kawan-kawan yang berniaga didalam kelas mereka. Hari pertama Dania membawa pulang RM12.00 setelah ditolak modal RM10.60 keuntungannya hari itu RM1.40 sahaja, bagaimanapun dia seronok menerima hasil keuntungannya hari pertama perniagaannya. Hari ini (hari ke2) tempahan sausage sebanyak 6 orang juga, setiap bungkus mengandungi 3 batang sausage dengan harga promosi RM1.00 bagi pembeli pertama dan untuk akan datang harga yang telah ditetapkan ialah RM1.20 untuk kos bahan (sausage, oregano, blackpepper dan butter). Menurut Hani, sausage disekolahnya dijual dengan harga 50sen sebatang. Semasa hari kantinnya juga Hani berniaga sausage seperti ini, Jam 10.30 pagi sausagenya telah habis dijual. Chocolate Kit Kat dijual RM1.20 mengikut harga di supermarket Tetapi memandangkan kami membeli dari bungkusan besar dapatlah gadis ku keuntungan sebanyak RM5.40 sekiranya semua chocolate terjual habis. Hari ini dia melapurkan sausage habis dan kit kat berjaya dijual sebayak 10 keping, jadi hasil jualannya hari ini sebanyak RM19.00. Walau bagaimanapun aku harus memikirkan altenative yang lain memandangkan suasage tidak sesuai untuk permakanan anak-anak sekiranya terlalu kerap. Kalau dikantin menegah penjualan makanan yang begini, maka kami sepatutnya akur dengan isu-isu semasa seperti ini. Dan aku kira perkara ini harus aku bincangkan semula dengan gadis ku nanti. Amboi macam serious jerkan bunyinya.... maklumlah dah masuk dalam business..... hahahahaha

Teringat aku dulu semasa Shafiq di sekolah rendah, dia juga menjaja limau kasturi pokok di rumah nenek yang lebat berbuah hingga bertimba-timba buahnya. Dia jual keliling kawasan rumah nenek dengan berbasikal, duit hasil jualan tu, arwah nenek bagi padanya untuk belanja sekolah. Shafiq juga tidak malu menjual asam keping arwah Cik Din (pemandu kereta sewa yang membawanya balik dari sekolah) di kawasan nenek Milah. (Ingat lagi tak bang? macammana abang naik basikal nenek bawa bungkusan limau dan asam keping, sampai ada yang minta abang datang lagi kalau ada...) Teringatkan kisah-kisah lama begini menjadikan aku tersedar sejenak.... betapa aku rindu saat-saat Shafiq di zaman kanak-kanaknya..... aku suka sekali memeluknya, memegang tangannya, perutnya dan pipinya yang gebu dan montel, boleh dikatakan aku rindu saat itu. Masa berlalu terlalu pantas rupanya. Kini Shafiq sudah dewasa.....tanpa aku sedari anak-anak ku tidak segan dan minat dalam bidang yang hampir sama.

Harapan ku kepada Dania supaya dia tahu mengatur pelajarannya dan perniagaan kecilnya, dan dengan perniaga kecil ini dia akan mahir didalam ilmu kira-kira dan komunikasi. Sebagai ibu aku hanya memberikannya dorongan dan tunjuk ajar yang perlu kerana dengan bimbingan dan pemantauan yang baik sahaja anak-anak akan mudah untuk dibimbing. InsaAllah.... inilah harapan ku kepada anak-anak, untuk melihat mereka berjaya dan berkerjaya..... :)

2 ulasan:

  1. xpeh dania, t abg tlg jualkan tok dania plak ea..
    kita bkak cawangan besar2..HAHA..

    BalasPadam
  2. Mer, kerana business dia ni, berat badan dia pun dah naik! skang dia kena control diet sbb twando tournemant 30hb ni....:)

    BalasPadam