Selasa, November 15, 2011

Perjuangan dan pengorbanan

Hani menikmati bekalan dari rumah yang aku bekalkan bersama teman sekelasnya..Mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ketua murid sebelum melangkah ke dewan peperiksaan...

Minggu kedua yang sungguh sibuk, bilamana ketiga-tiga anak ku punya agenda mereka tersendiri. Shafiq pulang ke UPNM, Dania grading dan Hani pula mendaftar masuk ke asrama. Mujurlah anak bujang ku, Shafiq faham keadaan adik-adik yang perlu juga ditangani, jadi dia tidak keberatan untuk pulang lebih awal dari kebiasaannya. Jam 1.00 petang dia sudah pun berangkat pulang bersama Papa, dan pada waktu yang sama Dania pula seharusnya sudah berada di dewan Majlis Sukan Daerah untuk grading teakwando. Selesai saja Dania grading kami segera menghantar Hani pula untuk mendaftar masuk ke asrama Puteri SMKB sebagai murid tumpangan sementara Peperiksaan SPM berlangsung. Alhamdulillah.... semuanya berjalan lancar sepertimana yang dirancang.

Awal pagi 14.11.2011 bersamaan hari Isnin, kertas pertama Bahasa Malaysia 1, semua perserta SPM telahpun berada kawasan perhimpunan sekolah untuk mendengar taklimat peperiksaan dari guru yang ditugaskan. Seperti kebiasaan kami suami isteri akan menghadirkan diri sebelum anak-anak kami melangkah ke Dewan peperiksaan. Tradisi ini bermula ketika Shafiq di Kusses dan menjadi ikutan untuk adik-adik sebagai sokongan moral kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Pernah aku di komen oleh seorang teman bila mana dia mengetahuai bahawa kami berada di sekolah sebelum peperiksaan bermula. "You all pegi tu boleh ke you all tolong jawabkan soalan...?" dengan gelak dan sinis soalan itu keluar dari bibirnya. Aku maklum sememangnya ramai ibu bapa yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk hadir dan bersama anak ketika jantung anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan itu berdegup kencang dan dengan berbaur pelbagai perasaan. Seandai ada antara ibu bapa yang berada di situasi dimana anak-anak kita sedang berhimpun, kalian akan dapat rasakan perasaan kesayuan dan kebimbangan yang tidak karuan. Diwajah mereka sememangnya kelihatan tenang, namun itu adalah perasaan yang cuba disorokkan dari penglihatan kasar teman-teman dan guru yang berada disekeliling mereka. Mereka cemas, bimbang dan gementar.... percayalah..... Kehadiran ibu bapa akan dapat memberikan suntikan

Hani, tahu bahawa kami akan hadir dan dia sempat mendatangi kami sebelum melangkah ke Dewan.... dia menyalami kami dan kami sempat mencium dan memeluknya sebelum dia memulakan perjuangannya. Didalam dakapan kami airmata tidak tertahan..... kami kalah dalam perasaan, namun yang pasti bisikan semangat menjadi bekal dan keyakinan untuk gadis ku menghadapi perjuangannya. Papa turut kalah dalam kasih anaknya.... airmatanya tumpah walau cuba dibendung. Akhirnya kami berdua karam dalam airmata kasih untuk seorang anak. Entah mengapa hati ku benar-benar sayu, yasin ku beriring airmata dalam sujud dan doa ku, sentiasa ku panjatkan supaya Allah memberikan gadis ku kemudahan, ketenangan dan kesejahteraan ketika menghadapi peperiksaannya. Semuga kejayaan menjadi miliknya... itulah doaku.... Ya Allah kau perkenankanlah doa ku untuk anak ku bersama teman yang seangkatannya...... Aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan