Sabtu, November 26, 2011

Intensive Training...

Kasut Jogging baru untuk Dania.....

Bermula saja cuti sekolah, maka latihan yang intensive juga bermula. Persediaan untuk Putrajaya 3rd Tournement pada 9-11 December 2011 yang akan diadakan di Putrajaya melibatkan Dania dan beberapa peserta dari STC membuatkan mereka berlatih dengan giat. Latihan bermula pada hari Isnin 21.11.2011 dengan fitness, ketangkasan dan sparing di stadium dan center sebanyak 2 kali sehari mengikut kemampuan maksimum setiap peserta. Kesungguhan jurulatih Master Ari dan para jurulatih lain memberikan semangat yang tinggi kepada semua peserta untuk meneruskan latihan yang ketat. Mereka bersemangat dan bersungguh dalam persediaan untuk pertandingan yang bakal diadakan. Semangat kesukanan yang mereka tampilkan ini begitu tinggi dengan keyakinan yang sering diberikan oleh jurulatih mereka. Latihan yang tidak mengira waktu seawal 7.30-10.30 pagi, 3.00-5.30 petang dan 8.00-10.30 malam, komitment peserta-peserta diuji semasa sessi latihan.

Melihatkan akan kesungguhan gadis kecil ku, aku menghadiahkannya sepasang kasut jogging baru. Semuga dengan pemberian ini, dia akan lebih tekun dan bersemangat untuk meneruskan latihannya.

Malam tadi semasa pulang dari kelas tution 'smart reader' dia bersuara pada ku

Dania: "Mama.... adik langsung tak rehat tau cuti sekolah ni... letih betulla...." mendengar luahannya aku faham, memandangkan dia menginginkan waktu santai yang lebih. Dia suka main games dilaptop, suka tengok CD, baca komik dan macam-macam lagilah kesukaannya bila dirumah. Dalam senyum aku menjawab.....

Mama: "Tak ada kejayaan tanpa usaha.... kalau adik nak berjaya, nak medal... nak jadi juara, adik memang kena usaha keras... tengok orang yang berjaya, dia orang semuanya kena berusaha untuk jadi yang terbaik... kalau adik nak berjaya... adik memang kena rajin pergi latihan, pergi jogging... kalau tidak adik memang tak kemana... adik tengok orang yang main bola tu... senang-senang jer dia orang dapat RM30,000.00 bila menang! (contoh terbaru perlawanan Msia vs Indonesia aku berikan) adik ingat orang-orang tu tak berlatih tak penat.... semua orang penat, walaupun main bola jer....tapi hasilnya? hebat tak?

Dia lantas memandang pada aku.... "Mama tau, adik memang anak yang hebat! adik boleh berjaya....." sambil memegang bahunya, dia tersenyum panjang... lantas mohon supaya dia dibenarkan untuk menikmati ais-cream bersama roti untuk malam itu..... aku tau dia punya kekuatan dalaman yang menakjubkan, hanya dorongan yang berterusan harus dipupuk supaya dia terus maju..... Aku yakin dia mampu melakukan yang terbaik untuk dirinya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan