Sabtu, November 26, 2011

Apam polka dot untuk hantaran....

Aku sendiri tidak menjagkakan Apam Polka Dot hasil tangan ku menjadi hadiah hantaran untuk Sakinah..... hahahaha... Dengan senang hatinya cadangan aku diterima oleh Sakinah dan dia gembira bilamana aku sedia untuk membuatkan Apam comel untuknya. Sebelum hari yang dijanjikan pada 20.11.2011 (Ahad) aku dan anak-anak ku sudah pun membuat experiment alphabetical pada apam comel. Tulisan 'SELAMAT BERTUNANG' tertera diatas apam yang comel dengan kombinasi warna pink dan hijau.... memang cantik! Ianya berjaya dan begitu menyerlah! Sakinah begitu excited bila melihat apam yang pelbagai warna bilamana malam itu aku hantar untuk dia menghiaskan didulang hantarannya. Cik Wok dan lain-lain yang ada pada malam itu semuanya teringin untuk menikmati lebihan apam comel ku. To my lovely cousin "Selamat Bertunang" akak seronok dapat buatkan Kina something for your big day..... :) Semuga tempoh pertunangan dapat dilalui dengan ketabahan dan kesabaran. Bak kata orang dugaan bertunang memang berbagai dan mencabar, harap kalian maklum dan bersedia menghadapinya dengan tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan